Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2022 @ 11:30am

Dipanggil Celaka Gara-Gara Baling Makanan, Netizen Persoal Motif Sebenar Zoey Rahman – “Sedih! Kita Manusia Kan Ada Adab”

Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Zoey Rahman ada memuat naik hantaran di laman sosial media miliknya berkenaan percutiannya ke Semporna, Sabah.

Namun, siapa sangka perkongsiannya itu akhirnya mengundang ‘padah’ apabila ramai pihak yang kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh aktor berkenaan.

Menerusi perkongsian video pendek berdurasi 55 minit di laman TikTok miliknya itu, Zoey dilihat tidak dapat menahan sebak melihat kehidupan masyarakat suku Bajau Laut yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua yang terpaksa meminta-minta makanan daripada pelancong yang datang ke tempat mereka.

 

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tindakan dan cara Zoey memberikan makanan kepada suku Bajau Laut tersebut.

Zoey yang dilihat mencampak makanan sambil tersenyum sekaligus membuatkan rata-rata warganet berasa geram sehingga ada yang memanggilnya dengan panggilan tidak bermoral kerana sanggup merendahkan manusia dengan tindakan sedemikian.

Bahkan, ada juga yang menyifatkan, video tersebut adalah contoh ‘content’ yang bangang dan celaka.

Perkara itu dikongsi  Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman menerusi tangkap layar di InstaStory miliknya.

Bagaimanapun, enggan memanjangkan isu tersebut, Zoey dilihat tampil memohon maaf menerusi hantaran di ruangan kapsyen video tersebut.

“Semoga ibu-ibu Bajau Laut di beri kesihatan dan kebahagiaan.

“Pasal isu campak tu, saya minta maaf, nampak tak sopan dan tak beradab. Kami terpaksa berbuat demikian. Kalau tak, yang belakang tak akan dapat makanan dan takut mereka akan naik atas bot. Jadi kami terpaksa menjaga keselamatan. 

“Apapun, mereka sangat baik, dan cantik-cantik. Siapa yang pernah pegi sana tahulah keadaan di sana. Harap  semua faham situasi darurat,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 22 Mar 2022

“Susahnya Nak Dapat Awak Ni..” – Elizad Shariffudin Jalani Rawatan IVF Kali Kedua

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta buat wanita yang turut mencuba untuk hamil didoakan agar terus kuat semangat!❤️🌹😘

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Terlalu Sibuk, Alyah Tangguh Buat Rawatan IVF?

Datin Alyah dan suami ada pertimbangkan menjalani rawatan IVF tetapi…

Trending Fri, 12 Jun 2020
Featured Wed, 6 May 2020

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Bila udang bersih, nak buat tomyam pun sedap

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

’Bukan Lagu Tentang Saya Tapi…’- Patrick Buka Mulut Kongsi Kisah Lagu Baru IAmNeeta

Jom request lagu Ilusi di radio Hot FM & Kool FM sekarang!

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

| Live TV