Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor.

Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ.

Menurut Azman lagi, beliau tidak menyangka apabila TMJ sendiri turut meminta pandangannya dalam usaha memajukan negeri Johor.

“Baginda memiliki visi dan berpandangan jauh demi memajukan rakyat Johor terutama aspek pendidikan, kuasa ekonomi dan melakukan persiapan rapi merealisasikan impian itu.

“Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat. Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata. Sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda,” katanya.

Azman yang merupakan anak Jati Kulai turut berkongsi sikap TMJ yang tegas dalam membincangkan isu rakyat.

Kata Azman lagi, TMJ turut mempunyai perancangan terbaik untuk masa depan anak-anak Johor.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”