Categories: DramaHiburanTrending

Dipilih Jadi OST Drama Kuih Muah… ‘Karya’ Romantis Kaka Azraff, Daniesh Suffian Pikat Hati Ramai!

Gandingan dua penyanyi yang berjaya menempa nama dalam dunia muzik, Kaka Azraff dan Daniesh Suffian menerusi lagu ‘Karya’ yang turut menjadi lagu runut bunyi Tonton Original Series: Kuih Muah, telah menarik perhatian ramai dan menerima sambutan hangat daripada para peminat.

‘Karya’ merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Omar K dan Dari. Lagu bergenre pop ini menceritakan tentang perasaan seseorang yang telah menemui pilihan hati yang tepat dan keterujaannya untuk memberitahu perasaan itu kepada seluruh dunia.

Ini merupakan kerjasama pertama antara Kaka Azraff dan Alternate Records dan akui teruja untuk menghasilkan lagu yang berunsur lebih romantis daripada lagu-lagu yang biasa dibawakan beliau.

“Kaka teruja dan berdebar apabila mahu memperdengarkan lagu ini kepada peminat. Saya rasa lagu ini sangat menarik kerana ini merupakan kali pertama Kaka membawakan lagu yang lebih romantis, berlainan dari kebiasaan dan imej saya. Lagu ini juga duet pertama bersama Daniesh yang mempunyai suara penuh dengan karakter sendiri. Saya harap pendengar suka dan terus mendengarkan lagu ini di platform-platform muzik,” katanya.

Daniesh Suffian, seorang penyanyi dan penggubah lagu mula dikenali ramai dengan cover lagu di media sosial dan pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Vokal Mania dan Immortal Songs di TV3. Daniesh sentiasa mengintai peluang untuk membina kerjaya muzik dengan percubaan genre lagu yang berbeza.

“Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kaka Azraff kerana Kaka memberikan olahan lagu yang unik dan segar dalam industri muzik kita dengan intonasi dan karakter suaranya yang berbeza. Bagi saya, keunikan suara Kaka memberi impak yang berlainan terhadap lagu dan keseluruhan mesej yang ingin disampaikan. Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini dengan baik,” kongsi Daniesh.

‘Karya’ boleh didengari menerusi Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Seperti sedia maklum, ‘Karya’ dijadikan lagu runut bunyi bagi drama Kuih Muah yang bersiaran secara eksklusif di Tonton sejak 11 April lalu.

Kuih Muah dibintangi oleh gandingan hebat pelakon terkenal dan baharu seperti Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Raden Zaharatul, Kismah Johari dan Muaz Zabir.

Jangan lupa saksikan Kuih Muah!

Tekan di SINI untuk menonton Kuih Muah!

Atiqah Johari

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

17 hours ago