Hiburan By: Padin February 1, 2023 @ 3:34am

Dipukul Suami Sehingga Koma & Terlantar, Sufian Suhaimi Hulur Bantuan Kepada Jahidah Nordin

Biarpun sudah dua tahun tragedi berlalu, mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, masih terlantar akibat kecederaan otak.

Koma selepas didera suami ketika hamil, Jahidah dan anak kini dijaga oleh adiknya, Fauziah Nordin di Seremban, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul Isteri Hamil Hingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Prihatin dengan nasib yang menimpa Jahidah, penyanyin Sufian Suhaimi menghulurkan bantuan menerusi inisiatif Tabung Kasih.

Sufian yang kini menjalankan bisnes bantal zikir dan al-Quran jenama Baby Pian menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian serta mengusahakan tabung pendidikan untuk anak mangsa, Eshan Nufail yang kini berusia lebih setahun.

“Tragedi yang menimpa Jahidah sangat dekat di hati saya. Saya berpeluang bertemu dengan Jahidah dan keluarga di kediaman adiknya bulan lalu.

“Saya sangat simpati selepas mendengar cerita Jahidah dan melihat keadaannya yang masih tidak bermaya biarpun selepas dua tahun kejadian itu berlalu.

“Jadi, saya tampil dengan inisiatif ini bersama team Baby Pian untuk membantu untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jahidah dan keluarganya. Kami juga membantu perkembangan anak Jahidah menerusi tabung Pendidikan, tabung kasih.

“Apa yang penting, kami mahu pupuk kesedaran orang ramai mengenai keganasan rumah tangga dan mahu orang ramai cakna dengan isu yang terjadi,” kata Sufian kepada XTRA.

Sufian ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya, semalam.

Dalam majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu itu, jenama Baby Pian turut melancarkan produk terbaharu bantal nasyid, Kasih Pillow yang merupakan kolaborasi Sufian bersama kumpulan nasyid In-Team.

Pelantun lagu Terasa Ada tidak menyangka inisiatifnya bersama Baby Pian mendapat respons baik daripada KPWKM.

“Syukur Alhamdulillah, saya dan team sangat gembira dan berbangga kerana KPWKM turut memberi sokongan usaha yang kami jalankan.

“Kami mahu ia membuka mata ramai pihak untuk lebih mengambil tahu dan memupuk kesedaran mengenai keganasan rumah tangga. Jika berhadapan dengan isu seperti itu, wanita harus bangkit dan berani mempertahankan diri sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAHNIAH! JIHAN MUSE DAPAT BABY BOY

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35 akan mengambil masa selama 2 bulan untuk berehat daripada menjalankan apa-apa aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada keluarganya itu

Hiburan Tue, 18 Oct 2022
Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Super Junior’s Leeteuk Gets Maserati As Present!

Super Junior’s Leeteuk has a new luxury ride!

Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Thu, 24 Jun 2021

Hatimu Sedingin Salju Gandingkan Hisyam Hamid & Aprena Manrose

Pelakon Hisyam Hamid dan Aprena Manrose bergandingan dalam drama bersiri terbaru slot Akasia TV3, Hatimu Sedingin Salju. Karya terbitan Orangetree Production ditayangkan bermula hari ini (24 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Selamat Pengantin Baru Dynas!

Dynas dijangka bertemu media petang ini bagi menceritakan butiran dan pengalaman majlis pernikahan.

| Live TV