Hiburan By: SGMS Enal July 16, 2019 @ 10:00am

Disuruh Kahwin Lagi Satu, Ini Jawab Izzue Islam!

Tidak pernah terdetik di hati Izzue Islam untuk ‘memadukan’ isteri, Awin Nurin biarpun rumah tangga mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Beristeri dua, bagi penyanyi, pelakon dan pengacara ini, bukannya penyelesai masalah, sebaliknya ‘raja’ kepada segala kesulitan.

Hakikatnya, tiada zuriat bukan bermakna bahtera rumah tangga Izzue, 29, dan Awin, 37, tidak bahagia.

Cinta yang terpahat di hati aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 itu tidak sedikitpun terjejas, biarpun sudah enam tahun menunggu kehadiran si kecil.

Malah, sumpah setianya tetap kukuh tersemat kepada Awin, biarpun sering dikeji, dicaci dan dihina warganet.

Sesetengahnya menuduh Izzue mandul dan tidak mampu membahagiakan isterinya, lantas meminta artis terbabit menceraikan Awin.

Mengulas ‘gangguan’ yang diterima di laman sosial, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan memberitahu:

“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.

“Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.

“Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” katanya kepada BH Online.

Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen, mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.

Izzue mengaku isterinya pernah tertekan ketika isu mengenai zuriat mula-mula diperkatakan netizen.

“Pada peringkat awal, Awin tertekan, tetapi tidaklah sampai malu keluar rumah dan berdepan dengan khalayak.

“Awin pelik, kenapa warganet suka mengata dan mencari kelemahan dirinya?” katanya.

Ditanya kemungkinan menjalani ujian kesuburan selepas enam tahun berusaha mendapatkan zuriat, Izzue berkata:

“Saya dan Awin tidak pernah membuat rawatan itu selama enam tahun berkahwin. Bukan kami tidak mahu, tetapi tuntutan kerja saya terlalu padat.

“Selama ini, saya dan Awin hanya memikirkan kerja untuk mencari rezeki. Bagaimanapun, sudah tiba masanya saya melakukannya… Usia saya pun bukan muda lagi.

“Bagaimanapun, sebelum membuat ujian kesuburan, saya dan Awin harus membuat rawatan terlebih dahulu untuk memastikan masalah kami. Insya-Allah, kami serius mahu mendapatkan rawatan dalam usaha memiliki cahaya mata, tahun ini,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Aug 2022

[VIDEO] Syukur Tidak Cedera! Aina Abdul Terpeleot Ketika Persembahan – “Jatuh Pun Ada Gaya”

Jatuh pun performance still onzz 😍 Apapun Aina tetap slayy tambah dengan traditional inspired outfit 🔥👑

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

‘Cepat Pulang, Sayang…’ Posting Vokalis Seventeen Buat Netizen Sebak

Hantaran itu mengundang simpati sebilangan besar pengikut Ifan di Instagram yang menitipkan pesan agar terus tabah dengan ujian berat ini. 

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Events Wed, 18 Apr 2018

Pulau ‘Is Too Mainstream’, Percutian Sungai ‘Is The New Trend’!

Pilihan penginapan 3 hari 2 malam di pinggiran Sungai Kinabatangan nyata memacu adrenalin sang pengembara tegar seperti anda dan xtra senaraikan 5 sebab anda WAJIB opted percutian Sungai ini, dan lupakan pelancongan mainstream ke Pulau, serius!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Featured Thu, 14 May 2020

[TERKINI] Ziarah Aidilfitri, Pesta Kaamatan & Hari Gawai Hanya Terhad Pada Hari Pertama Sahaja

Jangan sedih-sedih, yang penting boleh beraya dengan yang tersayang!

Events Wed, 30 Nov 2022

The Gadys Dah Berpecah? Ini Penjelasan Nelissa Nizam

Ini sebab The Gadys kini bertiga

| Live TV

error: Content is protected !!