Featured By: Aqilah Paharuzi February 1, 2023 @ 7:55pm

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Perkongsian terbaru pelakon, Fizo Omar mencuri perhatian ramai yang berkongsi mengenai ujian menimpa keluarga mereka pada bulan lalu.

Berdasarkan hantaran tersebut, isterinya, Fazeera Nazri dan kedua-dua anaknya, Maryam dan Khaleeda silih berganti dimasukkan ke hospital sehingga bill mencecah lebih RM30,000.

Menurutnya, anak sulungnya, Maryam dijangkiti jangkitan kuman manakala anak keduanya dijangkiti virus influenza yang semakin giat merebak.

 

“Dah macam sewa hospital dah… Bulan lepas punya cerita, lebih RM30,000 untuk bil hospital sahaja. Mula dengan Maryan demam jangkitan kuman dan warded for few days.

“Lepastu Khaleeda pula demam terkena jangkitan kuman di kotak suara dia dan kena warded juga beberapa hari. Hari yang sama Khaleeda discharge, wife saya pula accidently tersepit tangan dekat pintu rumah, berlari ke hospital emergency malam itu.

“Tangan dia kena banyak jahitan dan warded untuk tiga hari. Dah settke Faz keluar hospital, Maryam pula demam dan pergi cek Influenza pula, demam dan muntah-muntah.

“Jadi kami decided untuk dia masuk ward supaya doktor monitor dia dalam wad.. kena tahan untuk tiga hari lagi,” tambahnya.

Menerusi hantaran sama, Fizo menafikan mahu mempromosikan insurans, malah dia hanya cuba mengetengahkan keperluan insurans kepada pengikutnya demi masa hadapan keluarga ekoran pembiayaan bil yang tidak murah.

“Hebat dugaan kami sekeluarga bulan lepas, total bill untuk hospital sahaja melebihi RM30,000. Nasib baik saya ambil insurance untuk semua family members dan alhamdulillah fully covered.

“Saya bukan nak promote mana-mana company insurans, tetapi saya nak tegaskan sangat penting insurans ini untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen bersetuju dengan pendapat peribadi Fizo itu.

Tidak kurang juga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad turut berkongsi perkara sama mengenai kepentingan insurans serta pengalaman peribadinya berdepan situasi sama.

“Yes, saya setuju. Waktu Yana mengandung empat bulan tahun lepas, kena appendix. Operation was nearly RM25,000. Insurance covered for everything. Buat orang yang ada duit lebih sikit, invest untuk medical diri sendiri, anak-anak. Sangat penting,” katanya.

Sebelum ini, Fizo mendedahkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Artikel Berkaitan: “Beza 11 Bulan Je Dengan Khaleeda” – Isteri Hamil Anak Kedua, Fizo Omar Luah Rasa Syukur

Artikel Berkaitan: Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 17 Dec 2019

Air Supply Masih Berbisa, Tinggalkan Momen Manis Buat Peminat Di Malaysia

Air Supply The Lost In Love Experience In Genting Superb!

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Pelakon Boys Over Flowers Ini Terluka Tidak Dibenarkan Jumpa Anak

Tak sangka pelakon handsome ni pun dah ada anak sekarang. Eh!

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

电影《光》扬名海外!入围「上海国际电影节」四奖项

第21届上海国际电影节亚洲新人奖入围名单出炉,电影《光》一举入围四个奖项,包括最佳影片、最佳导演、以及最佳男女主角奖。

Trending Thu, 22 Apr 2021

| Live TV