Dituduh ‘Back Up’ Shuib Isu Culas Bayar KWSP & Gaji Pekerja, Yana Samsudin Perjelas Salah Faham Netizen

“Ada jugak yang nak besarkan isu ni cakap saya ni orang yang back up rakan artis” .

Demikian respons pelakon dan pengacara Yana Samsudin selepas dikritik kerana memberikan komen mengenai isu tunggakan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dihadapi pelawak Shuib baru-baru ini.

Menurut Yana, dia terkejut apabila komen yang diberikan menerusi ruangan balas di sebuah portal hiburan telah disalah ertikan, sekaligus ada yang mendakwa dia membuat kenyataan tersebut dek kerana mahu mempertahankan usahawan itu.

“Ramai juga yang salah faham dengan apa yang saya sebutkan tu sebab saya sangat percaya dengan integriti pegawai setiap institusi contoh KWSP dan sebagainya. Kalau diwujudkan maksudnya mesti ada sebab.

“Untuk kes ni memang lah saya tulis jangan besarkan isu tu tapi saya bagi cadangan. Bila orang baca atas orang dah marah dan tak fikir. Mereka (pihak bertanggungjawab) mesti akan ambil tindakan kan? Dan kalau tengok ayat akhir tu saya mendoakan lagi agar masalah kedua-dua pihak ini selesai,” katanya.

Selain itu, Yana juga mengaku dia tidak faham dengan sikap segelintir netizen yang suka memperbesarkan isu berkenaan sedangkan dia hanya bertindak untuk meneutralkan keadaan.

“Ramai juga yang salah faham dengan apa yang saya sebutkan tu sebab saya sangat percaya dengan integriti pegawai setiap institusi contoh KWSP dan sebagainya. Kalau diwujudkan maksudnya mesti ada sebab.

“Untuk kes ni memang lah saya tulis jangan besarkan isu tu tapi saya bagi cadangan. Bila orang baca atas orang dah marah dan tak fikir. Mereka (pihak bertanggungjawab) mesti akan ambil tindakan kan? Dan kalau tengok ayat akhir tu saya mendoakan lagi agar masalah kedua-dua pihak ini selesai.

“Kalau ikutkan intonasi saya lah… ketika menaip tu macam rileks dan ada yang faham tapi ada juga yang nak besarkan isu ni.

“Saya terkejut juga, saya pernah melalui prosedur itu dia bukan isu kaya tau tidak. Tapi saya hanya meneutralkan perkara itu dan beribu-ribu orang itu ramai mangsa tetapi apa tindakan kamu?,” jelasnya.

Mengulas lanjut apabila ada yang mengatakan dia bukanlah orang yang tepat untut menyuarakan isu berkenaan, Yana berkata, dia berhak untuk memberikan pendapat, memandangkan dia juga mempunyai syarikat dan pekerja yang mencarum untuk KWSP.

“Iya, saya seorang selebriti, saya ada syarikat dan saya ada pekerja. Saya buat potongan juga jadi saya tahu tanggungjawab itu besar dan tahu kalau kesilapan berlaku di mana.

“Kadang-kadang bila pekerja ramai kita tak perasan pihak Human Resource (HR) tersilap. Potongan gaji tu bukannya bos tapi kes ni saya tak tahu mungkin dah settle ke apa semuanya.

“Tapi tiada perkataan yang saya suruh senyapkan benda ni. Tiada perkataan saya cakap tak perlu tuntut sebab saya tahu itu hak kamu dan saya sebagai majikan juga saya faham.Tapi jangan salah ertikan.

“Ada juga yang nak besarkan isu ni cakap saya ni orang yang back up rakan artis dan tak peduli orang yang kena aniaya orang. Sedangkan saya mengajak orang untuk menggunakan saluran yang betul,” ujarnya.

Terdahulu, isu caruman KWSP dan bayaran gaji pekerja mendapat perhatian dalam kalangan netizen selepas pelawak dan penyampai radio, Shuib dikatakan culas membayar gaji pekerja, malah bersenang lenang dengan kemewahan yang dimiliki.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Salma Syahbuddin