Dituduh Tak Malu Mengaku Janda, Ini Respons Elcah – “Nak Terima Atau Tidak Itu…”

Pempengaruh media sosial, Elcah dituduh seakan tidak malu mengaku diri seorang janda.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, seorang individu membandingkan wanita yang berstatus janda pada zaman ini lebih lantang bersuara.

“Maaf cakap kenapa sekarang ramai janda suka expose cakap janda tak macam dulu-dulu malu kalau expose janda. Just wondering,” tanya individu tersebut.

Menurut Elcah, tiada apa yang perlu dimalukan kerana lambat-laun pasti akan diketahui orang ramai.

“Kenapa nak malu? Bukan saya yang masalah. Sampai bila nak sorok diri sendiri janda? Nak kahwin nanti sama juga kena bagitahu. Kena letak surat cerai juga kalau nak daftar kahwin.

“Janda tu status je. Baik janda atau duda. Takde masalah pun babe nak bagitahu satu dunia pun,” katanya.

Sementara itu, dia memberitahu penerimaan status tersebut berbeza pada setiap orang malah dia juga tidak menganggu hubungan mana-mana pihak.

“Nak terima atau taknak terima seseorang atas status mereka, itu masalah diri sendiri, bukan masalah saya.

“Saya ok dengan status janda, janji saya tak kacau suami orang atau tunang orang atau laki orang. Simple,” ujarnya.

Terdahulu, Elcah mendedahkan dia diceraikan melalui ‘voice note’ di aplikasi WhatsApp selepas baru sahaja lapan hari mendirikan rumah tangga.

Maya Basir