Events By: Salma Syahbuddin March 14, 2023 @ 11:10am

D’Masiv Pilih Malaysia Jadi Lokasi Pertama Konsert Tunggal Jelajah Dunia ‘D’Masiv 20AD To The World’

Bersempena menyambut ulang tahun ke-20, kumpulan muzik rock band popular yang berasal dari Indonesia, D’Masiv bakal mengadakan konsert siri jelajah dunia ‘D’Masiv 20AD Road To The World’ mereka tidak lama lagi.

Namun, apa yang menariknya, kumpulan yang dibawakan oleh Neptune Presents ini memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama konsert jelajah dunia mereka selain Australia  New York dan Jakarta.

“Kami akan adakan konsert jelajah dunia’ Road To The World’ dan Malaysia sebagai destinasi pertama yang kami pilih dan konsert akan juga diadakan pada Jun nanti. Dan, kemudian kami akan menyambung konsert jelajah tersebut sekitar Julai di Jakarta, Perth dan juga time Square, New York. 

“Dan masih ada beberapa lagi lokasi yang kami pilih namun, masih menunggu jawapan untuk membuat konsert di sana,” kata Rian selaku vokalis ketika majlis sidang media secara virtual pada Isnin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neptunespresents_

 

Menurut D’Masiv, sebanyak 23 hingga 25 buah lagu popular mereka akan dibawakan pada konsert nanti termasuklah, Cinta Ini Membunuhku, Diantara Kalian, Merindukanmu, Jangan Menyerah dan banyak lagi lagu popular yanh diambil dari album Perubahan (2008) sehinggalah Time (2022).

Namun, terdapat beberapa buah lagu akan diubah mengikut susunan muzik yang lebih segar dengan persembahan visual dan gimik yang akan membuatkan konsert ‘Road To The World’ di Malaysia lebih istimewa.

Ketika ditanya mengenai perancangan mereka untuk berkolaborasi bersama artis Malaysia pada konsert nanti, D’Masiv bagaimanapun berkata ia masih dalam perancangan.

“Persiapan sangat spesial dari vidual, arrangement lagu, gimik dan banyak lagi kena tunggu dan datang.

“Akan ada lagu yang mempunyai arrangement yang berbeza tapi mostly, akan bawa juga arrangemnt asal supaya peminat boleh menyanyi bersama dan kerana mungkin lagu itu juga yang paling ditunggu-tunggu oleh pendengar di Malaysia.

“Ada beberapa penyanyi yang kami masih terfikir untuk berkolaborasi di konsert nanti antaranya, Masdo, Bunkface serta Amy Search” jelasnya.

Justeru, buat semua peminat D’Masiv yang ingin galau bersama, jangan lupa dapatkan tiket bermula 17 Mac ini di www.startix.live.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neptunespresents_

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jun 2021

“Kulit Gelap Juga Cantik”- Yuna Mahu Orang Ramai Henti Diskriminasi Warna Kulit & Beauty Standard

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini semakin dikenali di Hollywood, Yuna mengajak orang ramai untuk berhenti mendeskriminasi dalam meletakkan standard kecantikan seseorang. Beliau akui terkesan apabila menonton sebuah video yang tular yang menunjukkan tiga orang gadis

Events Wed, 7 Dec 2022

Nusa Fest Bakal Menggabungkan Tiga Negara Dalam Satu Lokasi!

Untuk suku pertama 2023, Shiraz projects Sdn Bhd bakal membawakan kepada khalayak ramai sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada Sabtu dan Ahad, 4 & 5

Trending Thu, 8 Oct 2020
Trending Thu, 23 Jan 2020

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Empat Kenderaan Direman

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah yang membuat kekacauan di sebuah kedai dan melanggar empat kenderaan termasuk sebuah motosikal semalam, ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Port Dickson

Featured Fri, 15 Oct 2021

“Takkanlah Stop Tengok Hometown Cha Cha Cha, Hilang Semua Masalah?” – Syed Saddiq Respons Isu K-Drama Didakwa Jadi Punca Masalah Remaja

Sebelum ini, timbul isu yang dibangkitkan oleh Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu. Menurutnya, pengaruh drama korea (K-Drama) dalam kalangan remaja hari ini menjadi salah satu

Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

| Live TV