“Doa Orang Nak Tengok Saya Keluar Dah Makbul” – Netizen Dakwa Aishah Selepas Tersingkir Tak Profesional

Nama penyanyi senior Datuk Aishah kembali hangat diperkatakan ramai di media sosial, baru-baru ini.

Terbaharu, Aishah tersingkir dari pentas sebuah pertandingan, pada Ahad.

Pada konsert tersebut, Aishah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Terlanjur Cinta berduet dengan penyanyi Vince dikatakan gagal memikat hati juri sehingga menyaksikan dia gagal melangkah ke pusingan seterusnya.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah selepas diumumkan dirinya tersingkir, Aishah memberi ucapan di atas pentas.

Apa yang membuat penonton kurang senang adalah ucapan tersebut seolah-olah menunjukkan pelantun lagu Camar Yang Pulang itu kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Saya rasa ramai juga doa orang di sana dah makbul tengok saya keluar tapi anyway terima kasih kepada semua.

“Saya happy esok boleh tidur. Terima kasih semua,” ucapnya ringkas.

Ternyata ucapannya itu membuat ramai mempersoalkan mengapakah seorang legenda mengeluarkan ucapan seolah menyindir netizen yang tidak suka dengannya di atas pentas.

Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen mengkritik ucapan Aishah dan menyifatkan ia sebagai tidak profesional bagi seorang penyanyi senior berkata demikian.

Malah, ada juga berpesan agar lebih profesional dan tenang menerima apa jua keputusan kerana itu adalah adat pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Tegur Netizen Yang Sering Anggap Artis Hanya Kejar Populariti & Lagha – “Takkan Kita Nak Rakam Video Kita Beribadah?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki H*njingkan” – Aishah Bidas Kritikan Azwan Ali

Khairil Khusyairi