Categories: HiburanSelebriti

Doakan AR Badul…

Pelakon dan pengarah terkenal AR Badul dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie diserang sakit jantung kini dilaporkan stabil di Unit Rawatan Koronori (CCU) di IJN.

“Tengah hari semalam, suami berpeluh seperti orang mandi dan mengadu sakit dada.

“Kami bergegas membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dirujuk ke IJN. Satu prosedur sudah dilakukan kepada beliau dan ada satu lagi menyusul.

“Namun, saya bersyukur, dia masih stabil,” kata isterinya Maizatul Akma Osman.

Pelakon berusia 70 tahun ini pernah membintangi filem Hantu Siang, Panglima Badul, Tuan Badul, Si Badul dan banyak lagi.- BH Online.

Kredit gambar: Malaysian Review

SGMS Faida