Featured By: Atiqah Johari April 20, 2022 @ 4:56pm

“Doktor Jangka Jun Ini Hayat Saya Berakhir…” – Roslan Aziz Hidap Kanser Limfoma Tahap 4

Penerbit muzik terkemuka, Roslan Aziz atau nama sebenarnya Roslan Abdul Aziz, 61, diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah tahap empat.

Semuanya bermula pada November tahun lalu apabila Roslan telah mengadu sakit di bahagian perut yang agak berat sehingga dirinya terpaksa bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mencadangkan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ujian darah apabila melihat keadaannya yang begitu tidak bermaya.

Selepas itu, doktor mencadangkan pelbagai rawatan susulan yang sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain difikirannya.

Memetik laporan Astro Awani, Roslan memaklumkan bahawa dirinya sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk menerima segala kemungkinan dengan tabah dan reda.

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” katanya.

Walau sedang menghidap kanser tahap empat, perwatakan Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bergurau.

Namun, realitinya dia menahan sakit dan perlu melalui rawatan yang benar-benar mencabar serta telah menjadi rutin keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, Roslan bersyukur kerana ada keluarga dan rakan-rakan yang betul-betul mengambil berat tentang dirinya.

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya

“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting.

“Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama… inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” ujarnya.

Dalam wawancara tersebut, Roslan bersikap terbuka menceritakan tentang soal kematian yang diberitahu semakin singkat.

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan. Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya.

Roslan dan isterinya, Sopphilea Hamid telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun yang merupakan perkahwinan keduanya selepas berpisah dengan penyanyi ternama, Datuk Sheila Majid.

Menerusi dua perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

Featured Fri, 17 Apr 2020
Trending Tue, 12 Apr 2022

Malaysia Terima 48,000 Stok Ubat Antiviral Paxlovid Semalam

Ubat Antiviral Paxlovid tiba di Malaysia

Featured Sat, 27 May 2023
Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Fri, 8 Sep 2023

Gara-Gara Isu Penyondol, Nama Marissa, Norman Hakim & Abby Abadi Trending Di Platform X

Allahu semua ikut terpalit.. Besar dugaan mereka sekeluarga