Hiburan By: SGMS Faida January 30, 2019 @ 1:00pm

Douglas Lim Mahu Ulang Fenomena Spanar Jaya

Pelakon Douglas Lim memberitahu dia berdepan dengan cabaran tersendiri membawakan watak Uncle Henley dalam sitkom popular Spanar Jaya X.

Douglas ketika ditemui di pejabat Primeworks baru- baru ini turut teruja menanti tayangan sitkom yang cukup popular sekitar 90 an dahulu.

“ Watak Uncle Henley merupakan karakter baru dalam sitkom ini di mana saya membawa karakter pemilik kedai alat ganti kereta dan pembekal kepada bengkel Spanar Jaya.

“ Cabaran utama kami adalah untuk seimbangkan antara siri lama dan yang terbaru. Kami perlu mengulangi fenomena Spanar Jaya 20 tahun lalu dalam masa sama menarik penonton baru yang tidak membesar dengan sitkom ini,” katanya kepada xtra.

 

Tambah Douglas, dia faham Spanar Jaya mempunyai pengaruh yang kuat di mana mempunyai peminat tersendiri.

“ 20 tahun dahulu, bengkel berkenaan dimiliki oleh Pak Selamat yang dilakonkan oleh Allahyarham Zaibo dan kini dilakonkan Mat Rock. Naik pangkatlah kiranya.

“ Saya benar-benar berharap sitkom baru ini dapat mengembalikan nostalgia ramai yang rindukan penceritaan santai yang dihidangkan seperti dahulu. 

“ Dalam masa sama, para pelakon termasuk saya sendiri juga tidak mahu bawa jenaka lama atau berulang kerana penonton muda mungkin tidak faham,” katanya.

Sitkom Spanar Jaya X menampilkan pelakon asal Spanar Jaya seperti Uqasha Senrose, Ben Amir, Opie Zami, Ramasundram Sengah, Radhi Khalid selain Ahmad Idham yang juga bertindak sebagai pengarah. 

Sitkom popular ini bakal menemui penonton menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari 2019, jam 11 malam. 

Nak baca artikel berkenaan Spanar Jaya X, bolehlah baca di Oh Bulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Shuk Sahar kini rasa kosong tanpa anak dan isteri disisi.

#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
Featured Tue, 27 Jun 2023
familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Featured Wed, 8 Feb 2023