Featured By: Khairil Khusyairi January 18, 2023 @ 8:56pm

Dua Bulan Kendali Program Hiburan, Hawa Rizwana Ingin Jadi Diri Sendiri – “Saya Tak Mahu Dibayangi Sesiapa”

Pengacara jelita Hawa Rizwana berkongsi pengalaman mengendalikan program hiburan sejak dua bulan lalu.

Memetik laporan EH!, pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Rezuan berkata, dia berasa puas apabila dapat menghiburkan penonton.

“Penuh warna, colourful. Ia memberi ruang untuk saya tunjukkan sisi lain yang mungkin orang tak nampak bila saya membaca berita.

“Saya tonjolkan personaliti diri yang lebih relaks, mahu menghiburkan orang yang menonton. Bila kita berjaya membuat orang rasa terhibur, kita sendiri rasa gembira.

Disoal mengenai perancangan seterusnya, bekas penyampai berita TV3 ini ingin melebarkan karier seninya dengan berlakon.

“Saya ada beberapa goals yang mahu dicapai, tapi biar saya simpan sendiri kerana takut tak tercapai. Saya mahu cuba banyak benda, menerokai benda-benda yang sebelum ini berat hati hendak saya cuba.

“Apa yang boleh saya kongsi saya mungkin akan mula berlakon, memandangkan saya sendiri dah masuk dunia hiburan, mengapa tidak?,” kongsinya ringkas.

Menggantikan Neelofa dalam sebuah program hiburan, Hawa mengaku ia satu cabaran yang tidak boleh dielakkan. Malah mahu terus menjadi dirinya sendiri.

“Bagi saya itu satu cabaran tapi untuk deny apa yang orang kata saya tak boleh berbuat apa-apa kerana itu persepsi orang. Tapi saya harap pemilihan stesen TV untuk saya mengacarakan program hiburan adalah atas faktor lain.

“Harapnya mereka menilai berdasarkan tiga program yang saya dah buat sebelum ini. Untuk merubah penerimaan orang itulah cabarannya kerana berpandukan komen yang saya baca mereka suka membuat perbandingan.

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri sehingga satu hari nanti orang melihat saya tanpa dibayangi sesiapa, saya mahu orang lihat dan kenal saya sebagai Hawa Rizwana,” katanya.

Untuk info, Hawa pernah menghiasi dunia pengacaraan berita dan program bual bicara di TV3 sebelum beralih ke dunia hiburan.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Aug 2019
Trending Fri, 16 Oct 2020
Trending Sat, 6 Mar 2021

“Terpukau Dengar Dia Nyanyi Lagu Gila Siap Dengan….” Medley Lagu #AJL35, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Min pun repeat banyak kali part Hannah nyanyi lagu Gila & Hati tu…. ♪♫

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

G-DRAGON ENLISTING INTO ARMY THIS MONTH!

YG Entertainment, G-Dragon’s label, has confirmed the details.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan. Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila

Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

“Tak Cukup Tidur Terutama Nabil” – Dah Ada Lebih 42,000 Followers, Ayda Jebat Buka Akaun Instagram Anak Kerana…

Penyanyi Ayda Jebat menganggap pengalaman menjadi seorang ibu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menyambut kelahiran anak sulung mereka, Ana Nayla pada 21 September lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Mata Baby…”

| Live TV