Hiburan By: Fatin Nurain January 26, 2023 @ 4:00pm

Duduk Sebaris Dengan Para Alim Ulama, Penampilan Iqram Dinzly Hadiri Majlis Ilmu Dikagumi Warganet

Pelakon Iqram Dinzly tampil meraih perhatian warganet selepas tular sebuah video mempamerkan dirinya menghadiri majlis ilmu, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Iqram kelihatan segak mengenakan jubah berwarna putih bersama serban ketika menghadiri majlis tersebut.

Malah, pemilik akaun itu turut meluahkan rasa kagumnya melihat penampilan dan layanan yang diterima oleh pelakon tersebut sepanjang majlis berlangsung.

“Hadir sebagai tetamu, dilayan seperti VVIP. Disaat ramai yang mengecam dan menghina, jika Allah berkehendak untuk memuliakan dan menaikkan darjat seseorang asbab kerana ujiannya.

“Dia juga direzekikan berhimpun sebaris dengan para murabbi dan alim ulama. Allah tidak memandang siapa dia dulu, tetapi Allah memandang siapa dia yang sekarang dan pengakhirannya.

“Boleh jadi kita lihat seseorang itu jahat sekarang, tetapi siapa tahu jika dia yang paling mulia di pengakhirannya. Semoga kita terus kuat dalam istiqomah dan direzekikan dengan kematian husnul khotimah dan di redhai Allah 😌,” tulisnya.

@ainhaura00 Semoga kita terus kuat dalam istiqomah dan direzekikan dengan kematian husnul khotimah dan di redhai Allah 😌 abang @Yang Mulia Iqram Dinzly maaf ye curi2 record video 🙏🏻 #fyp #quotesislamic🥀 #lantunanmahabbahrasulillah #darulehsanberselawat ♬ Allahum Antasalam – DJ Ginsul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kagum mereka terhadap perubahan pelakon itu dan berharap agar dia terus istiqamah.

“Berkumpul dengan para ulama macam ni orang nak. Beruntung Iqram Dinzly 🤲🏻

“Ustaz Wadi Annuar pernah kata, orang yang pi majlis ilmu yang camni sebab Allah izinkan. Sama macam pi tunai umrah atau haji. Rezeki dia.

“Kira dia boleh pi masuk majlis tuu, kira dia jaga agama dia, Islam.

“Dia orang baik mungkin lebih baik dari kita-kita ni dan dari para yang mengecam dia.. Semoga terus istiqomah Iqram,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan […]

Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

Featured Thu, 16 Feb 2023
TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Tasha Shilla Di Kata Mencari Publisiti Murahan

Tasha Shila Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri bukannya suka-suka nak seksi.