Featured By: Maya Basir November 2, 2022 @ 6:48pm

Duit Dibawa Lari Bang Jamal Hanya Gimik, Baby Shima Reda Dikecam

Baru-baru ini penyanyi Baby Shima kerap memuat naik video meluahkan rasa kecewa puluhan ribu ringgit di bawa lari lelaki bernama Bang Jamal.

Namun, Shima akhirnya mendedahkan individu Bang Jamal itu merupakan judul single baharunya yang mengisahkan tentang seorang ‘scammer’.

Memetik laporan Kosmo, dia beranggapan kandungan tersebut adalah sebahagian daripada gimik untuk menghiburkan peminat.

“Ini bukan menipu kerana sesiapa yang ikuti saya sejak dulu sedia maklum saya mempunyai cara tersendiri memberikan hiburan.

“Malah kalau dilihat perkongsian video berhubung Bang Jamal ini, boleh nampak ini bukan content serius.

“Mungkin penyampaian serta lakonan saya meminta semula wang dipulangkan dalam kadar segera tampak hidup hingga membuatkan sebilangan orang percaya,” katanya.

Menurut Shima atau nama sebenar Norashima Ramli meminta maaf sekiranya ada pihak yang berasa tertipu dan reda dikecam kerana menggunakan teknik pemasaran sebegitu.

“Pengikut yang sudah lama ikuti saya tahu ada sesuatu benda baharu akan diumumkan melihat kesinambungan video dikongsikan termasuk menerusi YouTube.

“Bagi yang rasa dirinya ditipu, saya minta maaf. Kalau dikecam menggunakan teknik pemasaran sebegini, saya reda,” ujarnya.

Menerusi perkongsiannya itu, ramai yang bersimpati sehingga mencadangkan supaya dia segera membuat laporan polis.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sun, 7 Aug 2022
Featured Thu, 19 Mar 2020
Kisah Viral Thu, 10 Nov 2022

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022. Beliau memohon maaf kepada orang […]

Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

Trending Wed, 17 Nov 2021

Belum Sahkan Kehamilan, Kini Baby Bump Neelofa Kian Jelas Kelihatan.. Comelnya!

Biarpun tidak mengiyakan atau menafikan berita kehamilannya, ‘baby bump’ selebriti dan usahawan popular, Neelofa kini kian jelas kelihatan. Ia terserlah menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh adik Neelofa, Ameera Khan di ruangan Instagram Stories. Menghadiri […]