Hiburan By: Padin March 9, 2022 @ 4:25pm

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini.

Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai penyanyi.

Kini aktif menceburkan diri dalam dunia keusahawanan, Erna bergelar pengasas bagi jenama kesihatan dan kecantikan, Kamya Glow.

Terbaru, jenama miliknya itu mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health & Beauty.

Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna menyifatkan anugerah yang diraih menaikkan semangat selain menjadi penanda aras baru buat jenama terbabit.

“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Biarpun masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.

“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.

“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.

“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.

Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.

Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.

“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.

“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.

“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini.

Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.

Bagi meluaskan jenama ini di kalangan masyarakat, Kamya Glow turut mempelawa semua orang untuk mencubanya secara percuma.

“Kami jalankan ‘give away’ secara besar-besaran yang mana kepada Kamya lovers yang berminat boleh mengikuti kami menerusi telegram. Kami akan poskan secara percuma di mana sahaja anda berada. Informasi lanjut mengenainya boleh didapati di akaun media sosial Kamya Glow.

“Banyak lagi kejutan serta tawaran hebat yang kami bakal lakukan. Kalian hanya perlu nantikan sahaja pengumuman istimewa daripada kami daripada semasa ke semasa,” katanya yang tidak akan berhenti daripada menyebarkan manfaat Kamya Glow kepada semua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Wow! BTS Datang Malaysia

BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa yang terdekat

Contest Sat, 31 Aug 2019
Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Wah… Ariff Jiwa bakal bergelar abang tak lama lagi!

Hiburan Mon, 28 May 2018

Armin Dilarang Dekati Ziana Zain Dan Anak-Anak

Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya tetapi dilarang

Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Featured Mon, 21 Mar 2022