Stressnya bila bangun tidur dan tengok jerawat muncul di wajah! Situasi seperti ini memang sinonim dengan kaum wanita. Jangan cakap kaum wanita je, malah kaum lelaki pun sama.
Penjagaan kulit muka memang penting terutama pada waktu malam, pada tempoh masa ini sel kulit baru akan terbentuk. Kalau korang tak mampu nak amalkan 10 rutin penjagaan muka macam gadis korea tu, jangan risau korang still boleh amalkan 4 langkah penting penjagaan asas kulit muka ni. Nak tahu apa? Jom sama-sama kita tengok!
1. Bersihkan Muka Dengan Micellar Confort
Kalau korang balik dari kerja or event, benda pertama yang korang kena buat semestinya bersihkan muka dengan micellar water. Micellar water ni korang wajib guna untuk menanggalkan sisa makeup dan mengekalkan kelembapan kulit muka.
2. Sentiasa Scrub
Rose Sugar Scrub mengandungi nutrien gula dan rose water. Jangan lupa scrub muka 3 kali seminggu untuk menyegarkan kulit wajah anda.
3. Pakai Pelembap Muka
Langkah ini memang wajib dan korang tak boleh skip. Bila dah pakai scrub, korang wajib pakai tonique confort lotion untuk melembutkan kulit wajah dan membantu seimbangkan ph kulit. Dan yang paling penting, ianya bebas alkohol. Jadi, korang boleh pakai anytime and anywhere!
4. Jelly Mask
Ya, inilah rahsia untuk kulit muka korang sentiasa nampak glowing dan segar! Rose Jelly Mask ini merupakan step terakhir korang kena pakai tapi pakai 3 kali seminggu je tau!
Nak tahu apa sebenarnya skincare produk yang Mira Filzah gunakan? Jangan lupa temui jawapannya di E! News