Ebit Lew Sebak Jumpa Keluarga Mangsa Nahas, Dedah Kisah Baik Allahyarham Naziha – “Arwah Jaga Solat & Suka Berkongsi Nasihat Agama”

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi suami dan keluarga Allahyarham mangsa nahas yang terlibat, Nurul Naziha yang menjadi mangsa kemalangan apabila keretanya terbakar baru-baru ini.

Menurut Ebit, mendengar cerita dan amalan baik arwah yang gemar berkongsi nasihat berkaitan agama kepada keluarga serta menjaga solatnya menjadi asbab pemergian arwah dicemburui masyarakat walaupun terlibat dalam nahas kereta.

” Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini.

” Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

” Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini,” tulisnya.

Malah, menerusi hantaran sama, Ebit turut memuat naik video rakaman di Instagram peribadinya dan memaklumkan betapa keluarga ini gembira ketika menerima kunjungan daripada beliau.

“Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka.

“Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah. Baik-baik semuanya. Semoga terus kuat dan tabah ya. InsyaAllah jumpa semula di sana nanti dalam syurga. Amin,” katanya.

 

Salma Syahbuddin