Hiburan By: Fatin Nurain January 12, 2023 @ 11:30am

Edika Yusof Dedah Sebab Tak Kahwin Lain – “Saya Tak Nampak Keadilan Itu”

Pelakon Edika Yusof tampil mendedahkan sebab dirinya tidak mahu menduakan isterinya atau berkahwin lain biarpun dia dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan poligami.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Edika menyatakan dia sering menganggap isterinya, Nor Hidayah Yusri sebagai teman hidupnya dan tidak mahu suri hatinya itu senasib dengan ibunya.

“Adik-beradik saya, macam adik dan abang saya ada kahwin dua, bapa saya sendiri kahwin lima tapi cerai satu la yang empat dia simpan la, kuota kan. Saya nampak adik yang muda dari saya kahwin dua lepastu cerai begitu juga abang saya.

“Saya bukan nak tunjuk hebat yang saya ada satu isteri tapi saya cuba jadi yang terbaik sebab orang yang menjaga saya, ibu saya. Dia merupakan isteri yang kedua.

“Daripada bapa saya kahwin yang ketiga mak saya tak pernah kahwin dengan sesiapa. Jadi dia besarkan kita bertiga anak lelaki dia, kerja siang malam untuk besarkan kita.

“Jadi saya respect mak saya, saya nampak apabila ditinggalkan seorang lelaki, apa yang akan dihadapi oleh seorang perempuan atau ibu tunggal. Jadi salah satu sebab membuat saya takkan tinggalkan isteri saya ialah sebabkan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Edika turut menyatakan dia sedar bahawa amalan poligami ini bukan suatu perkara yang mudah dan tiada istilah adil buatnya.

“Bukan senang. Macam orang kata, mana adil tak adil, memang saya tengok tak boleh adil pun. Kalau nak bagi seorang satu juta boleh adil, tapi dari segi masa, anak, kasih sayang tak boleh timbangkan. Jadi, tak ada keadilan dalam tu.

“Cuba kita lelaki, kalau perempuan boleh kahwin dua, mesti tak boleh. Jadi sama sahaja, you have to put yourself inside their shoes. Apa sekali pun kita nak tunjuk kita hebat macam mana pun seorang lelaki, kita datang daripada seorang perempuan.

“Kita tak kuat, mungkin dari segi kudrat dan tenaga. Tapi daripada minda dan hati kita lelaki ni tak sekuat itu. Jadi kita perlukan seorang perempuan untuk kuatkan kita.

“Arwah mak saya pun pernah cakap, wife saya sakit, anak saya masih bayi lagi kenapa tak cari isteri lain. Saya cakap kepada mak saya apa yang berlaku pada isteri saya boleh berlaku kepada isteri yang lain juga.

“Jadi susah sebab saya taknampak dekat mana ada keadilan tu. Sebab bila bapa saya kahwin empat tu saya nampak, saya taknampak keadilan,” jelasnya.

@princeprincessez Lelaki yg baik utk wanita yg baik🤲🏻🫶🏻 #byfyqaaez #edikayusof #fyp #viralvideo #video #viral ♬ original sound – Prince & Princess

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Penyanyi Anta Permana Masih Menjadi Teka-Teki?

Hm siapalah yang bertuah tu ya?

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Acara Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Sat, 16 Sep 2023