Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2018 @ 3:46am

Eira Syazira Merajuk Sampai Ke Jakarta?

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa,” kata pelakon Eira Syazira yang bakal berhijrah ke Jakarta, bulan depan.

Pemergiannya ke Jakarta bukanlah disebabkan merajuk dengan industri hiburan tempatan ya! Tetapi rancangan ini telah dibuat tiga tahun lalu. Eira telah dilamar oleh syarikat pengurusan artis Indonesia, Positif Arts Entertainment.

Syarikat ini menguruskan artis popular di seberang seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.Kata Eira, memang ada ketika dirinya berdepan dengan perasaan takut ditipu dan dipermainkan.

“ Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu. Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.

Isteri kepada pelakon Azad Jasmin memberitahu, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.

Eira berkata, dia juga perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan rakaman lagu kedua berjudul Say ciptaan dan lirik dihasilkan komposer Indonesia, Endrru.

“Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” katanya.

Eira yang yang melonjak nama menerusi drama Bara dan Cinta Balqis itu berkata, keputusan besar yang diambil untuk berhijrah ke Jakarta adalah atas doa, restu dan semangat suami.

“Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.

“Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Tahniah Husna, you deserve it girl!

Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“Itu Aurat Dan Dosa Saya,” Noorkhiriah

Pelakon berbakat Noorkhiriah berharap permintaannya agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak diulang siar tidak disalah erti.

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Beyonce Drops Surprise Album + Netflix Documentary on Coachella 2018

The Queen B sure knows how to treat her BeyHives.

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja. Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan

Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

《声音猎人》词曲创作分享!资深音乐人彭学斌「传授」创作秘笈

《声音猎人》词曲创作分享!资深音乐人彭学斌大方「传授」创作秘笈,无私分享如何将作品与他人有所区别。

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Tragis…Heroin Superman Ditemui Mati Bunuh Diri

Memetik laporan antarabangsa, anak mendiang, McGuane melahirkan rasa lega apabila mengetahui perkara sebenar itu ketika menziarahi rumah ibunya di Montana, Kanada.

| Live TV