Featured By: Maya Basir March 17, 2023 @ 5:25pm

Elak Diri Pergi Tempat Berisiko, Anna Jobling Guna Khidmat Pegawai Peribadi?

Pelakon jelita, Anna Jobling akui risau tentang kejadian selebriti yang dipukul di tempat awam, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @ohmymedia.cc, Anna memberitahu pernah menggunakan khidmat pegawai peribadi untuk beberapa acara bagi menjaga keselamatannya.

“Tengok event macam mana. Macam contoh, tahun lepas saya pergi Celeb Festival dekat Singapore, saya ada bodyguard tapi tu macam untuk keselamatan.

“Sebab kadang-kadang bila you stuck dekat tengah-tengah, tak tahu nak pergi mana. So, macam agak susah sikit,” katanya.

Menurut Anna, buat masa ini dia tidak memerlukan pegawai peribadi kerana kehidupannya hanya bekerja dan pulang ke rumah.

“Buat masa sekarang tak sebab honestly hidup saya set (penggambaran), office, rumah, keluar makan kadang-kadang, tu je. Saya tak pergi mana-mana sangat,” jelasnya.

Mengulas mengenai kejadian yang menimpa Kamal Adli di Singapura, perkara tidak diingini ini boleh terjadi kepada sesiapa meskipun ada pegawai peribadi.

Malah, dia berpendapat bahawa belajar seni mempertahankan diri merupakan satu kelebihan.

“Anna tak pernah berdepan dengan benda-benda ni semua sebab saya tak pergi tempat-tempat yang akan merisikokan diri.

“Tapi for me it’s a good thing if you know self defence sebab sebelum ni pun saya pergi kelas boxing juga tapi sebab sibuk dengan shooting so takde masa.

“So saya rasa lepas habis shooting, Anna akan masuk balik kelas boxing ke apa just to have self defence,” ujarnya.

@ohmymedia.cc Anna Jobling akan upah boyguard bila perlu, ikut keperluan jika diperlukan #ohmymedia #ommbest #annajobling #selebritimalaysia #meluruntukfirdaus ♬ original sound – ohmymedia.cc

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa. Polis menerima laporan kejadian

Featured Thu, 4 Mar 2021

Bantuan Bersasar Tambahan Untuk Golongan Rentan

Semoga nasib gologan ini terbela..

Trending Thu, 19 Mar 2020

“Kelakar Betul La!,”-Netizen Terhibur Lee Chong Wei Beri Pesanan Cara Hadapi Kawalan Pergerakan

BEKAS jaguh badminton Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei bertindak menasihati rakyat Malaysia tentang cara menghadapi kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak covid-19. Perkara ini disampaikan oleh Lee Chong Wei menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di

Trending Wed, 30 Jun 2021
Featured Thu, 30 Dec 2021

Ugut Mahu Bakar Rumah Jika Bapa Tak Beli Burger, Lelaki 29 Tahun Dipenjara

Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki yang membuat ugutan untuk membakar rumah jika bapanya tidak membeli burger untuknya dengan segera. Memetik laporan BERNAMA, Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi,

Featured Tue, 7 Feb 2023
Contest Fri, 8 Feb 2019

#xtra好康头 | 送你云顶名胜世界「天城室内游乐园」通行证

云顶「天城室内游乐园」蜕变登场! #xtra好康头 将免费送你通行证,让你亲自发掘一场欢乐的嘉年华会。

| Live TV