Hiburan By: SGMS Faida June 26, 2019 @ 3:06pm

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Pelakon Along Ezyendy mengaku hidupnya kini lebih tenang selepas beberapa bulan kembali ke tempat ‘asal’ untuk mengajar.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini menyifatkan tawaran  yang datang sejak beberapa bulan lalu sebagai rezeki terbesar untuknya tahun ini.

“ Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang, itulah situasi yang paling tepat untuk saya pada masa ini. Saya menyambut tawaran ini dengan hati terbuka untuk kembali ke tempat lama dan mencurahkan segala ilmu seni yang ada,” katanya kepada Xtra.

Menurut pelakon drama Kereta Sewa ini, dia kini merupakan salah seorang tenaga pengajar untuk subjek teater tradisional Mak Yong di ASWARA.

“ Ini merupakan semester pertama saya di sini. Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu,” katanya yang mengajar hampir 60 orang pelajar bagi setiap sesi.

Dalam perkembangan lain, Along juga bakal tampil dalam teater bertajuk Neo Disiden yang mendapat inspirasi daripada ‘Tragedi Brutus’ dari karya sasterawan William Shakespeare.

Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Julai 2019 jam 8.30 malam di Panggung Eksperimen, Aswara.

Naskah nukilan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah arahan bersama oleh Namron dan Khairunazwan Rodzy. Turut menjayakan teater ini adalah gabungan nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.

Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni lakonan sama ada teater mahupun perfileman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mana Ada Gaduh, Ezuwan Ismail Terharu Che Ta…

Selama ini, Che Ta antara yang tak jemu memberi sokongan saya dalam setiap pertunjukan fesyen yang dianjurkan.

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Fri, 1 Sep 2023

Alami Kejang Perut & Sukar Bernafas, Syafie Naswip Selamat Jalani Pembedahan

Cepat sembuh Ayie! Moga baik-baik sahaja💗💗💗

Fab Foodies! Wed, 28 Nov 2018