Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 11:48am

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Empat tahun menempatkan diri di dalam industri lakonan, nama pelakon Dayang Areeda dilihat bergerak agak perlahan berbanding rakan seperjuangannya.

Namun begitu, pelakon berusia 25 tahun ini tidak pernah patah semangat dan dalam masa sama, Dayang juga enggan dikaitkan dengan isu ‘panas’ untuk cepat dikenali.

“ Saya paling takut dengan gosip murahan yang boleh menjatuhkan nama baik saya dan keluarga. Mungkin ada sesetengah selebriti okay dikenali dengan gosip tetapi ia bukan untuk saya. Sebab itu kalau boleh saya elak pergi ke tempat yang boleh mencetuskan isu. 

“ Tak mengapa kalau nama lambat dikenali walaupun sudah empat tahun berkecimpung di dalam bidang seni. Biar lambat asalkan saya naik sebab bakat bukan sebab kontroversi liar,” katanya kepada Xtra.

Merupakan anak tunggal perempuan daripada empat beradik, Dayang memasang impian untuk berlakon bersama dengan pelakon hebat antaranya Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad pada masa akan datang.

“ Saya teringin nak berada di set sama dengan mereka. Mungkin dari situ saya dapat belajar bagaimana untuk jadi pelakon yang berkarakter.

“ Nak ambil aura orang hebat, kalau boleh saya mahu berkongsi set sama. Insha Allah doakan ada rezeki saya nanti,” kata pelakon yang mengikat kontrak bersama MIG selama lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Konsert Transcendence Hadiah Butterfingers Untuk Peminat

2 jam 90’s Grunge tanpa henti! Yasssss!!!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sajat Pakai Eyeliner RM10 Je? Saksikan Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton

Bukan sahaja mengamalkan solekan yang ringkas dan mudah dalam aktiviti seharian, Sajat juga turut menggunakan alat solek yang murah tau! Eyeliner Sajat cuma berharga RM10 sahaja

Selebriti Fri, 17 Nov 2023
Events Fri, 15 Jul 2022
Events Thu, 3 Jan 2019

Shuk Dan Jihan Confirm Buat Korang Pecah Perut Dalam…

Jadi jangan lupa saksikan Senang Terhibur yang pastinya buat korang semua pecah perut dengan lawak jenaka daripada Jihan, Shuk dan artis jemputan setiap minggu.

Hiburan Tue, 2 Aug 2022