Categories: HiburanSelebriti

“HABISLAH SUFIAN”- INI SEBAB KENAPA ELFIRA LOY DIKECAM!

 RM10K untuk makeup di Sephora sahaja? 

Bagi Elfira Loy dia sendiri tidak menyangka akan berbelanja sebanyak itu ketika berada di LA semata-mata untuk menghadiri sebuah acara. Menurut El, dia sempat singgah ke kedai kosmetik tersebut ketika berada di Los Angeles, Amerika Syarikat dan tidak menyangka sama sekali bahawa dia akan berbelanja sebanyak itu apabila tiba di kaunter pembayaran. 

” saya pergi ke Los Angeles untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam”

“ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jamuntuk beli barang . saya belanja hampir rm10,000 di Sephora. Tapi dah sampai kaunter, tak boleh nak patah balik. Kita terima sahaja la.” kata El.

 

El berkongsi mengenai perkara ini menerusi video yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube dan Twink3l TV itu dan setakat ini sahaja telah mendapat tontonan lebih dari 198,264 tontonan. 

Namun, seperti sudah dijangka ramai netizen yang telah meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah melabel Elfira sebagai seorang yang suka membazir dan dalam masa yang sama turut bersimpati kepada tunangnya, Sufian Suhaimi.

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober yang lalu dan akan melangsungkan perkahwinannya pada Mac tahun depan.

Salma Syahbuddin