Pelakon Ellie Suriaty antara 50 orang yang muncul menunjukkan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.
Apa yang menjadi tumpuan apabila Ellie hampir ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di situ.
Difahamkan, situasi bertukar tegang apabila Ellie menyertai kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjerit agar Tommy bercakap dalam bahasa Melayu.
Ketika itu, Tommy baru memulakan sidang medianya selepas berakhir prosiding kes Najib di Mahkamah Tinggi Jenayah di aras lima.
Tommy terpaksa membatal sidang medianya namun orang ramai terus menjerit dengan laungan ‘bahasa Melayu’.
Ellie bagaimanapun sedikit emosi apabila menjerit kepada anggota polis bersama beberapa individu lain.
Dia bagaimanapun dilepaskan atas budi bicara anggota polis dengan syarat bersurai dan dibawa ke parkir kereta untuk ditenangkan.