Hiburan By: Del14 January 17, 2020 @ 2:04pm

Elly Mazlein Berdebar Tunggu Sabtu!

Meskipun ini perkahwinannya yang kedua, pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengakui dia masih rasa berdebar menantikan detik bersejarah itu. 

Sebelum pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini, 17 Januari, Elly terlebih dahulu akan memperkenalkan tunangnya, Mohamad Azlan kepada rakan-rakan media pada hari ini disusuli dengan majlis malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada sebelah malam.

“Perasaan saya bercampur baur, tapi lebih kepada teruja.  Alhamdulillah, persiapan untuk majlis malam berinai esok dan akad nikah Sabtu ini sudah hampir siap sepenuhnya dan saya berharap supaya dua majlis yang akan berlangsung selama dua hari itu akan berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro. 

Dikatakan majlis malam berinai akad nikah dan resepsi akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran 750 tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan, rakan artis serta media dan majlis-majlis berkenaan bakal menyaksikan persembahan beberapa artis popular tanah air. 

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi mengikat tali pertunangannya dengan Azlan pada 17 Disember lalu, juga di PWTC. 

Sebelum ini, majlis merisik diadakan secara tertutup pada 19 Oktober lalu setelah mengenali Azlan sejak Ogos 2018.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Kak Lina Pom Pom ini belum pernah berkongsi foto wajah tunangannya itu secara terbuka dan mengakui bakal suaminya merasa agak segan untuk diperkenalkan kepada umum hari ini. 

Sekadar info, pelantun lagu Bungaku Bakawali ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan berpisah pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi yang dapat menerima baik kehadiran Azlan di dalam hidup ibunya. 

Kami dari team XTRA ingin mengucapkan tahniah kepada Elly dan Azlan dan semoga majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan kekal hingga ke Jannah!
 
 
 
 
View this post on Instagram

Izinkan Aku Merasa Secebis kebahagian ????‍?‍??? . Videographer & photographer dari @faridismproduction Highly recommended.. Gambar & Video Cantik . kakak lina love sgt .. InsyAllah kakak lina akn jd kan @faridismproduction sebagai photographer & Videographer rasmi kakak lina .. tq @faridismproduction kakak Lina absolutely correction confidently recommends to all kampung people, camtoooo haaaaa . Yes I’m so happiness with the results University ??????? . InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia??? . Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein . Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Lisa Manoban Peluk Kucing Untuk Lepas Tekanan

Tak tau mana lagi comel…kucing ke tuan dia?

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Tue, 16 Jan 2018

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Risteena Enggan Ditaja Lelaki Berduit!

Risteena merupakan salah seorang daripada pemegang saham bersama seorang rakan yang namanya mahu  dirahsiakan.

Featured Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Featured Fri, 18 Mar 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Wahh Alhamdulillah 🤩🤩 Tahniah @harrisannuar & isteri, @ashamerican ❤️❤️ Moga dipermudah segalanya ❤️