Elly Mazlein Sangkal Dakwaan, T***k Besar Bukan Pembedahan!

Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein ini menyangkal dakwaan kononnya payudara beliau besar akibat menjalani pembedahan. Namun, Menurut Elly payudaranya itu besar dan montok disebabkan ia masih bengkak kerana anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun masih menyusu badan.

“Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan. Payudara saya asli. Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan alhamdulillah sampai sekarang anak saya menyusu badan.” Jelasnya

Tambahnya lagi, beliau sedikit pun tidak kisah tentang pandangan masyarakat terhadap saiz payudaranya itu, kerana menurut Elly ia sama sekali diluar kawalannya. Dan, apa yang penting baginya ialah dia masih mampu dan masih diberikan rezeki untuk menyusukan anaknya itu.

Mentor Otai akan dihoskan oleh Elly Mazlein dan Haziq Hussni

Elly Mazlein, 38 ketika ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa, turut menyatakan rasa teruja beliau apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi hos program tersebut. Dimana, beliau akan digandingkan bersama Haziq Hussni (HOT FM). Program Mentor Otai bakal bersiaran bermula 18 Mac ini, bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 9 malam. 

Salma Syahbuddin