Featured By: Aqilah Paharuzi July 8, 2022 @ 6:18pm

Elvina Mohamad Kecewa Fizikal Anak Sering Dikritik Terlalu Kurus Hingga Didakwa Sakit

Pelakon jelita Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila segelintir pengikutnya mengkritik bentuk fizikal putera sulungnya, Karl Mateen Mohd Haniff yang dikatakan terlalu kurus sehingga didakwa sakit.

Elvina menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya tampil membidas komen-komen negatif diberikan terhadap anaknya yang dianggap melampau dan dilemparkan tanpa rasa bersalah.

“Pemikiran orang ni pelik. Bila kurus je sakit, bila gemuk je sihat. Wahai sekalian tak payah la nak banding-bandingkan badan anak korang dan anak saya.

“Dia kurus kecil tak semestinya sakit. Anak awak gemuk badan besar tak semestinya sihat.

“Tengok genetik la, kalau awak besar bagak memang besar bagak juga lah anak awak. Saya dan suami kecil molek so kecil comel juga lah anak kami,” ujarnya.

Mengulas lanjut, aktres Takdir Yang Tertulis itu mengakui penat kerana hampir setiap hari bentuk fizikal badan anaknya itu menjadi perbualan mulut netizen.

“Penat baca DM (direct message) orang cakap pasal badan anak ni siap cakap tak cukup makan ke badan macam tu? Seriously?

“At least anak aku walaupun kurus dia sihat, active, cerdik, cukup makan, cukup kasih sayang.

“Anak awak yang awak bangga kan sangat tu, yang kata badan sihat gemuk dempol tu jangan riyak sangat eh. Gemuk tak semestinya sihat tau.

“Time kecik awak suka la dia gemuk macam tu, dah besar nanti jangan sampai tercari-cari ubat untuk kurus pula nanti,” luahnya lagi.

Menerusi Instagram Story yang lain, Elvina turut memohon maaf atas ayat-ayatnya yang mungkin akan menyakitkan hati segelintir pihak serta menjelaskan bahawa kenyataannya itu tidak merujuk kepada isu ‘body shaming’ individu lain.

“Jangan terasa hati ya. Saya ni bukan jenis suka meluahkan kat social media pun sebelum ni. But tadi bila baca DM ramai sangat cakap pasal badan anak saya, pasal gemuk lah kurus lah.

“Orang Malaysia ni semua benda tak kena. Gemuk tak kena kurus pun tak kena.

“Cuba kalau tak payah busy body pasal orang kan senang. Ini sibuk duk comment pasal badan orang kang bila cakap balik pasal body hang cakap body shaming pulak.

“Guys, I tak body shame sesiapa pun jangan salah faham. But geram bila orang bandingkan anak I kurus sakit, anak dia gemuk sihat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Elvina memohon agar setiap ibu bapa di luar sana tidak perlu membezakan perkembangan anak-anak dengan yang lain kerana umum sedia maklum setiap kanak-kanak mempunyai sistem tumbesaran yang berbeza.

“Of course I marah orang cakap pasal anak I. If korang nak cakap pasal saya, saya tak kisah pun. Ini dengan budak kecik pun korang nak bodyshame banding-bandingkan dah kenapa? Itu anak awak, ini anak saya. Tak perlu bandingkan. Jaga anak sendiri sudah.

“Bila anak orang lambat cakap sikit pun korang judge speech delay lah autism lah. Itu la ini laa. Tak paham lah! Semua benda tak kena,” luahnya di Instagram Story.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Featured Wed, 28 Apr 2021

PdPR Dilaksana 10 Hari Selepas Hari Raya Aidilfitri – Menteri Pendidikan

Walaupun beberapa sekolah telah ditutup akibat jangkitan Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sebaliknya ketetapan […]

Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Hiburan Tue, 21 May 2019

《声林之王2》马来西亚海选落幕!22岁李艾薇出征台湾

《声林之王 2》马来西亚海选圆满落幕!现年22岁来自吉隆坡的李艾薇在终极决斗中成功击败对手,成为大马之「虎」代表马来西亚出征到台湾参与国际比拼。

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Manisnya Tasha Shilla bertudung. Tahniah buat Tasha dan Atiq!