Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2018 @ 7:55am

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Berita penahanan suaminya pada Mei lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

Bagi pelakon Datin Elvina Mohamad, selepas kejadian itu dia lebih ‘peka’ dengan sekelilingnya.

“ Ada hikmah tersendiri selepas kejadian itu. Ada di kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati selepas mengetahui berita itu walhal mereka langsung tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“ Sekarang saya tahu mana satu kawan dan mana lawan. Ada kawan yang baik dan busuk hati. Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order di Kach’e, Shah Alam.

Menyifatkan perkara yang melibatkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, itu sudah selesai, Elvina menjelaskan suaminya hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan seorang suspek seperti yang diperkatakan ramai.

 “Kebetulan pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya. Jadi, polis hanya ingin soal siasat rakan terdekat dan kes pun sudah selesai,” jelasnya.

Sebelum ini, Haniff ditahan polis bagi membantu siasatan penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9juta.

Sabarlah Datin Elvina. Biarkan mereka terus berkata-kata yang penting anda kini lebih bahagia dan bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi. 

Elvina berkahwin dengan Hanif pada tanggal 18 Mac lalu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur selepas dua tahun berkenalan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra