Elyana Imbau Memori Lamar Suami, Tak Kisah Digelar ‘Perigi Cari Timba’

Penyanyi Elyana mengimbau kembali kisah perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin.

Bercita-cita untuk berkahwin awal dan menjadi seorang ibu, pelantun lagu Kalis Rindu itu telah bertindak melamar suaminya terlebih dahulu.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab itu saya yang melamar suami saya,” kata Elyana.

Penyanyi itu turut menjelaskan pada ketika itu dia tidak kisah dengan tanggapan orang asalkan hasratnya tercapai.

“Masa itu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah tercapai.

“Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga,” tulisnya.

Elyana dan Khairul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah dan seorang anak angkat, Ramadhani.

Selain itu, Elyana merupakan seorang cancer survivor dan melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun.

Sumber: Gempak

Fatin Nurain