Hiburan By: SGMS Faida October 26, 2018 @ 12:47pm

Elyana Selesai Sesi Pertama Radioterapi

“ Alhamdulillah, ia tidak seteruk semalam. Kalau ikutkan, kemoterapi lagi teruk,” ujar Elyana yang selesai melakukan rawatan radioterapi buat pertama kali.

Penyanyi berusia 30 tahun itu memberitahu keadaanya lebih baik berbanding beberapa hari lalu namun dia lebih berhati-hati dalam menjaga makan.

“ Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengalas perut dan tidak mengambil ubat penahan sakit.

“ Semalam, keadaan saya memang teruk, Asyik muntah sampai badan lembik.

 “Kalau tengok keadaan saya semalam, memang teruk. Rasa mual berpanjangan dan muntah berkali-kali sampai badan saya lembik. Saya rasa ia bukan berpunca daripada radioterapi, sebaliknya pil tahan sakit yang saya ambil sebelum rawatan ini. Tetapi hari ini, pada sesi sama, saya tidak pula muntah-muntah selepas mengelakkan ubat berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Elyana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor, sejak Isnin lalu selepas mengadu mengalami sakit belakang hingga sukar bergerak.

Ibu satu anak ini menghidap kanser kelenjar sejak tujuh tahun lalu itu perlu menjalani 10 kali sesi radioterapi selepas sel barah sudah merebak ke bahagian bawah saraf tunjangnya dan harus menjalani rawatan segera kerana berhadapan risiko lumpuh.

Kredit gambar: Instagram Sherry Ibrahim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Saya Tak Nak Bila Dah Tua Baru Nak Cari…” – DSV Mahu Cik B Cari Kekasih, Restu Anak Kahwin Muda

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kisah andai anak gadisnya ingin mencari kekasih memandangkan Cik B kini sudah genap 17 tahun. Memetik laporan mStar, usahawan terkenal itu merestui jika Cik B ingin berumah tangga […]

Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Peminat Suka, Nina Iskandar Pula Kecewa Dengan Gaun Pengantin?

Kata pelakon Setelah Cinta Itu Pergi ini, dia terkejut melihat gaun pengantin selepas kembali ke butik empat hari kemudian.

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Sun, 17 Apr 2022
FESYEN Wed, 2 Oct 2019
familuv Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita