Empat Kali Dijangkiti Covid-19, Ara Johari Dedah Senang Hilang Suara Gara-Gara… – “Saya Kini Banyak Berpantang”

Penyanyi bervokal mantap, Ara Johari mendedahkan dirinya tidak boleh terkena air hujan agar kualiti vokalnya berada dalam keadaan baik.

Bercakap kepada XTRA, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memaklumkan jika dirinya terkena air hujan ia akan memberi kesan kepada tekaknya sekali gus tidak boleh bernyanyi.

“Saya sebenarnya tak boleh kena kepada hujan, masa Separuh Akhir Muzik-Muzik dan sebuah acara suara saya ‘lost’.

“Saya sangat senang hilang suara sekarang, saya tak boleh kena hujan. Bila kena hujan dan kalau tak terus mandi, saya akan selesema kemudian ia akan beri kesan pada tekak saya.

“Kerana itu saya kini banyak berpantang, sebab ia batuk yang sangat sakit dan tak boleh menyanyi dalam tempoh bermingu-minggu,” katanya kepada XTRA.

Ara ditemui pada sidang media Pesta Muzik Kuantan di ibu kota, baru-baru ini.

Kongsi pelantun lagu hits Bunga itu lagi, dia juga sudah empat kali dijangkiti Covid-19 dan Influenza baru-baru ini.

Biarpun mengalami sakit tekak, Ara juga bersyukur apabila dapat membuat persembahan dengan baik demi penonton.

“Semangat saya juga hilang sebenarnya apabila benda ini berlaku. Saya ada terasa dahulu kalau kena hujan tak mengapa, tapi sekarang dah tak boleh.

“Saya juga dah empat kali dijangkiti Covid-19 dan satu Influenza. Paling terbaharu adalah beberapa bulan lalu.

“Saya tak pernah batalkan lagi persembahan walaupun saya alami sakit tekak, ia rezeki pada saya bila saya masih boleh buat persembahan dengan betul.

“Alhamdulillah, Tuhan bagi saya rezeki lagi walapun sedang sakit untuk puaskan semua orang,” kongsinya.

Bakal memeriahkan Pesta Muzik Kuantan pada bulan hadapan, Ara mengakui teruja kerana menyifatkan ia permulaan yang baik bagi kariernya pada tahun ini.

“Saya sangat teruja sebenarnya kerana ini konsert besar. Permulaan yang baik bagi tahun ini.

“Saya berbesar hati dipilih untuk menghiburkan rakyat Kuantan, saya harapkan yang terbaik dan perjalanan konsert ini berjalan lancar,” ujarnya teruja.

Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN:  Ara Johari Perjelas Dakwaan Sudah Bertunang, Foto Di Atas Pelamin Rupa-Rupanya…. – “Doakanlah Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Khairil Khusyairi