Acara By: Aqilah Paharuzi December 7, 2022 @ 7:14pm

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugrah berprestij Anugerah Drama Sangat (ADS) kini kembali untuk edisi tahun kedua demi meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan.

Sepanjang tahun 2022, drama-drama yang diterbitkan oleh TV3 sering tular di media sosial dan hangat menjadi sebutan penonton antaranya Budak Tebing 2, Ayahanda, Melur Untuk Firdaus, Bisik-Bisik Gelora, 7 Hari Mencintaiku 3, Suamiku Lelaki Pendosa, Risik Pada Hati, Khilaf Asmara, Aku Tanpa Cintamu, Sekali Lagi Cinta Kembali dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, ADS mempertandingkan 12 kategori dan terdapat enam kategori terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri professional.

Bermula 2 Disember 2022 sehingga 30 Disember 2022, peminat drama Malaysia boleh mengundi drama kegemaran dan artis-artis pujaan  menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat 

Setiap pengguna boleh mengunda sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti. Enam kategori yang dibuka untuk undian adalah:

  • Drama Popular
  • Pelakon Lelaki Popular
  • Pelakon Wanita Popular
  • Pasangan Drama Terbaik
  • OST Terbaik
  • Drama Novel Adaptasi Terbaik

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial! 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra