Enot Kongsi Video Manis Bersama Kekasih Hati, Tepis Fitnah Bercinta Kaum Sejenis – “Thank You Mr. Secret Sabar Dengan Gosip”

Pelakon sensasi, Enot berkongsi sebuah video bersama kekasih hatinya yang dikenali sebagai ‘Mr. Secret’.

Menerusi hantaran tersebut, Enot mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya atas kesabarannya menahan gosip baru-baru ini.

“Mr. Secret, thank you sabar dengan gosip-gosip ni,” tulisnya dalam video berkenaan namun wajah kekasihnya dirahsiakan.

Menerusi video lain, kekasih hati Enot memberikannya hadiah berbentuk ‘teddy bear’ berwarna merah jambu.

“Hari ni ada orang bagi kita teddy bear la sebab kita tak sihat. Thank you baby, i love you too,” ujarnya.

Sebelum ini, Enot meraih perhatian ramai susulan dakwaan mengatakan dirinya bercinta dengan kaum sejenis.

Perkara tersebut malah menjadi isu hangat lebih-lebih lagi apabila sahabat baiknya, pelakon Didie Alias memberi nasihat secara terbuka kepada Enot dalam program Melodi TV3, baru-baru ini.

Meskipun wajah kekasihnya ditutup, perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok miliknya itu seakan menepis tuduhan yang mendakwa Enot bercinta dengan kaum sejenis seperti heboh di media sosial beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan: “Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

Artikel Berkaitan: “Yang Maki Hamun, Mainkan Nama Arwah Mak, Aku Tak Maafkan Sampai Bila-Bila!” – Enot Nafi Kahwin Individu ‘Songsang’

Artikel Berkaitan: “Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Aqilah Paharuzi