Hiburan By: Padin February 21, 2023 @ 6:38pm

Erna Elliyana Kesal Nama Terpalit Kontroversi Gara-Gara Hantaran Tidak Benar Mengenai Kamya Fest

Penyanyi dan usahawan, Erna Elliyana Rosli kesal apabila namanya terpalit dengan kontroversi yang tidak tepat mengenai Kamya Fest yang berlangsung baru-baru ini.

Erna yang merupakan pengasas produk Kamya meminta semua selebriti media sosial dan netizen yang menyebarkan perkara tidak tepat mengenai festival yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lalu untuk memadam atau menurunkan semula segala hantaran berbaur fitnah.

Menurut Erna, pihaknya cuma bertindak sebagai penaja utama Kamya Fest namun festival itu dianjur dan diuruskan oleh Underground Asia dan FWD.

Malah, Kamya telah melaburkan lebih RM445,000 selaku penaja utama acara terbabit.

“Jangkaan kami untuk mendapatkan 50,000 pengunjung tidak menjadi kenyataan selepas isu viral sejak hari pertama pada 10 Februari. Perkara tular itu juga menyebabkan kami kerugian separuh daripada jumlah yang dilaburkan untuk acara terbabit.

“Dalam pada itu, selain isu viral, faktor cuaca seperti hujan juga menyebabkan kurangnya sambutan daripada pengunjung,” katanya.

Pihak Erna menerusi nasihat guaman Ganesh Magenthiran dari Hakem Arabi & Associates memberikan masa selama dua minggu untuk menurunkan semula posting yang tidak benar melibatkan jenama itu.

“Kami memberikan notis selama dua minggu. Sekiranya gagal atau enggan, kami sebagai pihak guaman Kamya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu.

“Hantaran di media sosial berkenaan telah mencalarkan imej dan nama baik syarikat Kamya. Jadi kami menyeru agar semua pihak berhenti daripada terus menulis kata-kata yang tidak tepat mengenai Kamya Fest,” ujar Ganesh.

Kamya Fest tular di media sosial apabila ada pempengaruh, pengunjung dan vendor yang terbabit meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan bayaran masuk ke festival terbabit.

Difahamkan sebanyak RM10 dikenakan sebagai yuran masuk ke tapak festival namun penganjur membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj untuk masuk pada hari kedua dan ketiga.

Warganet juga mempertikaikan harga parkir oleh pengurusan Stadium Bukit Jalil bernilai RM20 kepada setiap pengunjung yang dianggap terlalu mahal.

“Sekali lagi kami tegaskan Kamya adalah penaja terbesar festival berkenaan dan disebabkan itu ia dinamakan sebagai Kamya Fest. Walaubagaimanapun, kami bukanlah penganjur.

“Keputusan untuk mengenakan bayaran masuk ditetapkan oleh penganjur dan penganjur juga bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran pada hari kedua dan ketiga selepas perbincangan dibuat.

“Berkenaan kadar bayaran parkir yang mahal RM20 juga di luar pengetahuan pihak Kamya,” kata Erna.

Kamya Fest telah berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan antaranya Datin Alyah, Nabila Huda, Dolla, Eja dan ramai lagi.

Bukan itu saja, Kamya Fest dihangatkan dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan taman tema Farm in The City.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Oct 2021

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri

Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Akhirnya Rihana Oksana Kongsi Wajah Tengku Ismail Leon Yang Mirip…

Akhirnya, Rihana Oksana mendedahkan foto wajah anak sulungnya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra, cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sultan Muhammad V menerusi laman Instagram miliknya dua hari lalu.          View

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Black, Hazama, Tomok Dan Akim Bakal ‘Gegar’ Istana Budaya

Semua ada keunikan masing-masing! Tak sabar!

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 Milik Siapa Agaknya?

 Mampukah penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ , Wany Hasrita mempertahankan trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lepas? “Tahun ini, saya tidak mahu terlalu berharap kerana saya bimbang kecundang. Rasanya sakit menyakitkan. ”Saya tahu apabila menggenggam

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Trending Fri, 26 Nov 2021

Sah Bergelar Suami Nik Nazira, Rupanya Yonnyboii Dah Berkahwin 20 November Lalu – “Saya Menikah Sehari Selepas Haqiem Rusli”

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, mengesahkan dirinya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunang, Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu. Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman

Hiburan Thu, 30 May 2019

Meriahkan Raya Korang Dengan Seleksi Lagu Raya Baharu Dari Artis Rocketfuel Entertainment!

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid.

| Live TV