Ernie Zakri Kongsi Rasa Teruja Hadiri Konsert Beyonce, Syamel Sempat Seloroh: “Berdiri Nak Nyanyi Lagu Negaraku Ke?”

Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel menghadiri konsert penyanyi antarabangsa terkenal, Beyonce di London, baru-baru ini.

Difahamkan, itu merupakan pengalaman pertama mereka berdua menghadiri konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Halo itu.

Ernie juga sempat berkongsi keterujaannya di laman sosial Instagram miliknya.

Memetik artikel mStar, Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia sudah lama ingin menonton persembahan penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dan tidak menyangka ia telah menjadi kenyataan.

“Ini impian saya, yang mana kenal saya, tahulah macam mana saya punya suka dengan Beyonce,” kata Ernie.

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh Syamel di Instagram Story ketika konsert itu berlangsung, rata-rata peminat berdiri untuk menunggu Beyonce memulakan persembahan di atas pentas.

Apa yang menggelikan hati netizen, Syamel berseloroh seolah-olah tidak tahu tujuan semua orang berdiri.

“Kenapa berdiri ni? Negaraku ke?” kata Syamel menerusi video tersebut.

Namun, Ernie pantas menjawab bahawa tujuan semua orang berdiri adalah kerana menantikan kemunculan Beyonce atas pentas.

@secretlover.ez Soalan bangmel pon!!! hahaha “Berdiri sebab negaraku ke? 😭😭😭😭😭😭 “Berdiri sebab dia nak keluar la!! #fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #beyoce #beyoncerenaissanceworldtour ♬ original sound – Ernie Grande Bruno Mel👀

Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel menghadiri konsert penyanyi antarabangsa terkenal, Beyonce di London, baru-baru ini.

Difahamkan, itu merupakan pengalaman pertama mereka berdua menghadiri konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Halo itu.

Ernie juga sempat berkongsi keterujaannya di laman sosial Instagram miliknya.

Memetik artikel mStar, Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia sudah lama ingin menonton persembahan penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dan tidak menyangka ia telah menjadi kenyataan.

“Ini impian saya, yang mana kenal saya, tahulah macam mana saya punya suka dengan Beyonce,” kata Ernie.

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh Syamel di Instagram Story ketika konsert itu berlangsung, rata-rata peminat berdiri untuk menunggu Beyonce memulakan persembahan di atas pentas.

Apa yang menggelikan hati netizen, Syamel berseloroh seolah-olah tidak tahu tujuan semua orang berdiri.

“Kenapa berdiri ni? Negaraku ke?” kata Syamel menerusi video tersebut.

Namun, Ernie pantas menjawab bahawa tujuan semua orang berdiri adalah kerana menantikan kemunculan Beyonce atas pentas.

Izzi Farhana

Recent Posts