Hubungan Cinta Erwin Dawson Dan Julia Farhana Kembali Terjalin

Kalau sebelum ini xtra.com.my ada memuat naik kenyataan yang dibuat oleh Julia Farhana berhubung status hubungan cinta antara beliau dan Erwin, kali ini Erwin Dawson pula memberi komen berhubung kenyataan yang dibuat oleh kekasih hatinya itu.

Erwin Dawson, 29 mengakui episod hitam yang berlaku antara beliau bersama pelakon Salon, Julia Farhana nyata hampir memusnahkan hubungan mereka. Justeru itu, Erwin memberitahu selelpas kejadian tersebut, dia dan Julia kini lebih bersifat terbuka terhadap diri masing-masing.

” Memang ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ia nyata lebih menguatkan hubungan kami. Saya dan Julia kini lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain. Alhamdulillah, segala-gala berubah ke arah lebih baik,”

“Harapan saya sekarang adalah untuk melihat kami terus memulihkan hubungan. Kami memang ada berjumpa, meluahkan rasa dan berbicara dari hati ke hati. Episod hitam yang berlaku antara kami menjadikan masing-masing lebih terbuka. Begitu juga dalam soal emosi.” Jelasnya

Sumber : Instagram @erwin_dawson

Terdahulu, Erwin pernah mengeluarkan kenyataan apabila mengumumkan perpisahannya bersama Julia.

Ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinannya sebelum ini, Erwin berharap niat baik itu akan dipermudahkan dan dipercepatkan. 

“Insya-Allah, hasrat di hati memang nak kahwin tahun depan. Kami akan cuba berusaha untuk mempercepatkan impian berkenaan. Bagaimanapun, saat ini masing-masing masih terikat dengan pelbagai komitmen kerja” Katanya yang juga bakal menjelajah beberapa lokasi di Eropah mulai 5 Januari depan.

Salma Syahbuddin