Hiburan By: Fatin Nurain May 21, 2023 @ 8:59am

Esma Daniel Tamatkan Zaman Solo, Kahwini Wanita Pilihan Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Esma Daniel telah menamatkan zaman solonya selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan dengan sekali lafaz, malam tadi.

Menurut Esma, 54, mereka dinikahkan oleh bapa mentuanya, Mazlan Abdul Malik dalam sebuah majlis di kediaman pengantin perempuan di Kajang.

Dalam majlis tersebut, Esma telah menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Atira.

Malah, Esma turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

“Sebenarnya kami sudah bertunang pada 14 Januari lalu dan sepatutnya ‘ikat’ selama setahun sebelum nikah namun rasanya elok disegerakan apabila keluarga sudah restu.

“Alhamdulillah saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun sudah ada pengalaman sebelum ini tetapi tetap rasa gementar ketika hendak bernikah.

“Hari ini majlis pihak perempuan manakala belah lelaki pula akan diadakan selepas anak lelaki saya berkawin pada bulan Ogos depan,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Esma menyatakan hatinya mulabersedia untuk bergelar suami semula selepas merasakan Atira merupakan seorang wanita yang sesuai dengannya.

“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan dan untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.

“Pastinya kali ini saya berdoa hubungan kami berakhir hingga ke syurga.

“Dia pun memahami kerjaya saya sebagai pelakon, insya-Allah doakan kami,” ujarnya.

Terdahulu, Esma pernah berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997.

Kemudian, aktor itu mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun disahkan bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Hiburan Fri, 29 Apr 2022

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Min pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau dik 🤣🤣🤣

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri, Keputusan Dalam Masa Terdekat – Dr Adham Baba

Jangan selfish, yang lain pun nak balik juga. Jadi sama-sama patuh SOP!