Events By: Ad Ops April 30, 2018 @ 1:16am

Mamalia Ini Diakui Terbesar di Selangor – ‘We Hug Tapir’!

Bersempena Hari Tapir Sedunia baru-baru ini, Watsons telah menganjurkan kempen ‘We Hug Tapir‘ dengan kerjasama Pocotee & Friends dan Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY). Watsons telah menyumbang sebanyak RM30,524 bagi menjayakan kempen ini.

Kempen ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa tapir merupakan spesies terancam dan boleh dikatakan hampir pupus. Selain itu, tapir juga menjadi simbolik dalam kempen ini dalam mendidik masyarakat terutamanya generasi seterusnya bahawa adalah sangat penting untuk memelihara flora dan fauna, hutan serta hidupan liar.

Sumbangan oleh Watsons ini dianjurkan menerusi acara “A Day with Nature and Tapirs”, dan telah diadakan di Pusat Jagaan Haiwan Liar Sungai Dusun, Selangor. Dana yang berjaya dikutip adalah hasil daripada setiap pembelian barangan Watsons dengan sejumlah RM1 akan disalurkan ke dalam tabung derma ini. Dana daripada kempen ini juga akan disalurkan untuk tujuan program pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah di kawasan Taman Negara.

Program ini juga berhasrat untuk mendidik anak-anak akan kepentingan menjaga dan memelihara haiwan ini. Diharap generasi muda akan datang terus menyebarkan lagi mesej terhadap kepentingan melindungi haiwan-haiwan terancam yang lain.

Bagi pihak Watsons, kami percaya kami perlu memainkan peranan untuk memberi kesan positif dalam menjaga haiwan liar dan alam sekitar. Kami mengambil peluang ini untuk mendidik pelanggan kami akan kepentingan menjaga Tapir Malayan yang kian terancam ini adalah disebabkan habitatnya yang dimusnahkan oleh aktiviti komersial manusia. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelanggan setia kami dalam menjayakan kempen ini,” kata Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh dalam majlis penyerahan cek kepada PERHILITAN yang disaksikan oleh pihak media.

Bagi pihak Watsons, Pocotee & Friends dan ECOMY, mereka berharap agar semua individu menjaga flora dan fauna  untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem kita. Haiwan-haiwan terancam ini harus dipelihara agar generasi akan datang masih boleh mengenali haiwan-haiwan ini.

Tapir adalah mamalia terbesar di Selangor kini? Ya, benar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Mar 2019

Tosca at Double Tree by Hilton Melaka Brings You a Reversal 5-Course Meal

Enjoy a delicacy of Italian dishes served backwards!

Events Sat, 27 Aug 2022

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Masing-masing sangat profesional! Tahu untuk bezakan hal peribadi dan kerjaya 😊

Events Wed, 17 Oct 2018

Wanna Learn Sign Language? Here’s Dates for Some Upcoming Classes

It’s a good language to add to our list of expertise.

Acara Sun, 13 Nov 2022
Events Fri, 15 Feb 2019

Here are the Ola Bola the Musical 2 Winners!

These lucky winners get to watch the Pre-Screening of Ola Bola the Musical!

Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Events Thu, 16 Aug 2018

Catch Dancing Swans in Resorts World Genting this August

The beautiful swans will be showing off their beautiful moves.

Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada!