Events By: Mohd Fuad Mohd Noor August 24, 2018 @ 8:44pm

Pementasan IQ ROCK Bawa Kelainan Dalam Seni Teater Malaysia?

IQ.ROCK (dibaca seperti IQRA), kembali lagi selepas kejayaan pertama pada bulan April, di pentaskan di Pusat Seni Persembahan Damansara pada 17 hingga 19 Ogos ini! Pastinya IQ ROCK sesuatu yang mampu membawa kelainan dalam seni teater Malaysia.

Kali ini, IQ ROCK akan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Teach For Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai ketidakadilan dalam pendidikan di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar seperti FELDA. Selain itu, pakaian sekolah pelajar ditaja oleh KAUNSELOR dalam pementasan ini!

IQ ROCK  berkisahkan tentang sebuah tempat pedalaman Serting, Negeri Sembilan yang berlatar belakang masyarakat penoreh getah yang tenang dan damai, namun, timbul keadaan huru-hara dan masalah sosial yang semakin teruk. Mempunyai pelajar sekolah SPM yang tiada arah tujuan, terabai dan terkongkong di bawah sistem yang membesarkan mereka. Sehingga muncul seorang guru yang cuba meyakinkan pelajar tersebut bahawa kehidupan mereka tidak terbatas dan jauh berbeza dengan apa yang mereka telah alami.

 

Tujuan pentas dwibahasa ini adalah untuk menyokong pendidikan di kalangan masyarakat luar bandar di Malaysia. Wah, menarik kan?

Menurut pengarah dan penulis, Khairi berkata, IQ Rock berbeza dengan cerita atau teater lain kerana menyentuh tentang sistem pendidikan dalam kalangan pelajar di kawasan pedalaman.

“IQ.Rock adalah satu naskah yang berani kerana menyentuh tentang sistem pendidikan Malaysia selain kelemahan yang memberi kesan kepada pelajar terutamanya peringkat rendah dan menengah. Cerita ini cukup menarik kerana ia sangat relevan dan terbuka dalam membincangkan topik seperti ini.” Katanya

Apapun, anda boleh dapatkan tiket pementasan IQ ROCK pada hari minggu, pukul 8 malam. Atau, anda boleh layari www.anomalistproduction.com, untuk dapatkan tiket dengan harga RM45 (pelajar, warga emas dan kurang upaya) manakala harga RM55 (orang awam). Yang menariknya, setiap pembelian 4 tiket akan mendapat satu tiket percuma.

Selain menawarkan pengalaman pementasan terbaik serta membantu Anomalist Production, IQ Rock mewujudkan crowdfunding dengan tujuan orang ramai dapat menyumbang serendah RM10, melalui http://www.mystartr.com/projects.iqrock. Anda boleh log masuk untuk mengetahui ganjaran menarik yang telah kami sediakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan anda!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Events Sat, 9 Mar 2019

Bantu Golongan Sederhana, PKNS Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property.

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Events Mon, 5 Aug 2019

MMSpot Launches an e-Vouchers Apps that ‘Shop More, Save More and Earn More’

An innovative and never-seen-before shopping mobile apps that utilizes e-vouchers for a definite and unreal shopping experience!

Events Wed, 22 Apr 2020
Events Fri, 29 Nov 2019
Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

| Live TV