Bertempat di IOI Mall, Putrajaya telah berlangsungnya Karnival Misi Mata Ejen Ali yang berlangsung dari 11 hingga 23 Disember ini sempena menyambut musim cuti persekolahan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat adik-adik khasnya peminat siri kartun Ejen Ali yang disiarkan di TV3.
Menariknya, semasa karnival Misi Mata Ejen Ali berlangsung kami telah dikunjungi oleh seorang adik yang cukup istimewa bernama Nadim. Adik Nadim kita ni istimewa sangat sebab, walaupun mengalami sakit Cerebral Palsy tapi dengan berbekalkan semangat yang kuat beliau sendiri teruja untuk melakukan aktiviti yang disediakan semasa karnival ini berlangsung. Wah! Semangat macam ni lah yang kita nak!
Sebagai peminat tegar Ejen Ali, Nadim nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mencuba semua permainan yang ada. Bagi abang dan kakaknya, ini adalah peluang untuk membawa Nadim berjalan dan menikmati pengalaman bersama Ejen Ali!
Wah! kalau macam tu, adik-adik yang belum berkesempatan untuk berkunjung ke Karnival Mata Ejen Ali, bolehlah datang bawa ibu-bapa masing-masing okay.
Selain berkunjung adik-adik k ita ni juga dapat mengambil gambar bersama maskot Ejen Ali! Yeay!