Hiburan By: SGMS Faida May 10, 2018 @ 11:37am

Eyra Hazali Takut Popular?

Popular sepantas kilat, pelakon meningkat naik Eyra Hazali mengaku dirinya agak bimbang! Kenapa tu Eyra, patutnya awak kena happy tau…

“Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus meletakkan harapan menggunung selepas ini.

“Pada masa sama, tidak kurang yang memberikan tempoh tertentu untuk saya menikmati kemanisan detik ini. Kononnya, ia akan cepat berlalu. Saya pula percaya, semua yang tertulis ini adalah bahagian saya, selepas sekian lama berkongsi bakat seni,” katanya kepada BH Online.

Kata Eyra, bagaimanapun percaya, perhatian yang diterimanya sekarang adalah rezeki daripada Yang Maha Kuasa, selepas bertahun-tahun mengasah bakat dalam lakonan.

Terdahulu, Eyra yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Drama Televisyen (TV) Kanak-Kanak Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2010, hasil lakonannya dalam telefilem, Anak Anak Lorong, ketika berusia 11 tahun.

Bakat muda ini akur, ada pihak yang turut mempersoalkan kredibiliti dirinya menjadi bintang utama dalam naskhah terbitan Global Station itu ketika usianya baru 19 tahun.

“Daripada ratusan komen yang diterima, adalah satu atau dua yang bersifat negatif. Mereka mempertikaikan usia saya yang masih muda untuk menjadi heroin. Bagi mereka, watak Nisa Ardina patut diserahkan kepada pelakon lain.

“ Saya tidak terkesan dengan komen sedemikian dan percaya pada rezeki. Biasalah, bukan semua orang akan menyukai kita,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Persaingan semakin sengit! Jangan lupa saksikan separuh akhir FD3 Ahad ni tau

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Woww, macam anime ek semua gaya 🤣 Sempoi la dapat ibu macam Shiera ni 🤩

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

Hiburan Sun, 6 Jan 2019
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

error: Content is protected !!