Hiburan By: Afiq Kandi January 9, 2023 @ 2:53pm

Fabulous Friday Tulus Ubat Rindu Peminat Malaysia

Penyanyi versatil, Tulus kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Fabulous Friday Tulus yang berlangsung pada 5 dan 6 Januari lalu.

Persembahan yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 malam itu menjadi pengubat rindu peminat yang menantikan persembahan penyanyi terkenal Indonesia ini.

Menurut Tulus, dia gembira dapat kembali ke Malaysia untuk beraksi dan bersua muka dengan peminatnya

“Saya sangat senang dapat kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di hadapan anda sekali lagi.

“Dalam masa yang ada ini, saya akan cuba menyampaikan lagu sebanyak mungkin untuk anda,” katanya.

Dalam persembahan yang XTRA hadiri pada 5 Januari lalu, Tulus menyampaikan 15 buah lagu antaranya Satu Kali, Teman Hidup, Labirin, Monokrom, Sewindu dan juga Hati-hati di Jalan.

@xtra_my Min lanje Lagu GAJAH khas dari Tulus buat semua pembaca XTRA 🫶🏼❤️ #fyp #xtramy #tulus #tulusm #temantulus #kualalumpurmalaysia #showcase #viral #gajah #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Meskipun tidak sampai dua jam persembahan itu berlangsung, persembahan yang diberikan begitu bertenaga dan rata-rata peminat tidak berhenti menyanyi dan tersenyum sepanjang pertunjukan berjalan.

Untuk rekod, Tulus sebelum ini pernah hadir ke Malaysia menerusi Konsert Tulus Live pada tahun 2018 di Istana Budaya, diikuti dengan Konsert Jelajah Sewindu di KLCC, pada 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Nov 2020
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Trending Wed, 30 Jun 2021
Trending Tue, 9 Oct 2018

Turun 1 KG Dapat RM 180, Syarikat Murah Hati Perkenal Program Turun Berat Badan

Oppsss…Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal dalam cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda. So, ada berani tak?