Hiburan By: Izzi Farhana April 18, 2023 @ 4:24pm

Fad Bocey Bakal Menimang Cahaya Mata Kelima- “Ingatkan Empat Rupanya Lima…”

Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey dan isterinya Syaheera Rahman Bakal menimang cahaya mata yang kelima.

Berita baik itu itu dikongsi oleh isterinya di akaun TikTok miliknya dan sempat menitipkan doa buat wanita yang menantikan cahaya mata.

“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulis Syaheera di ruangan kapsyen TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, netizen membanjiri dengan ucapan tahniah di atas rezeki yang telah diberikan dan ada segelintir yang mendoakan agar turut dikurniakan cahaya mata.

“Doakan saya juga ye. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi ALhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu

“Doakan saya juga. Tak pernah jemu untuk kami teruskan usaha. Kami tetap sabar bila pelbagai soalan ditanya. 10 tahun menunggu

“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah je selama ini,” tulis netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Fad seakan akan memberi bayangan ketika memuat naik gambar sambutan hari jadinya di laman Instagram berserta kapsyen yang berterima kasih dengan hadiah yang diberikan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Untuk info, pasangan ini telah bernikah pada 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan,6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel,3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 May 2021

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung. Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan […]

Events Fri, 13 Jan 2023
Trending Wed, 20 Dec 2017

WHAT WE CAN LEARN FROM DATUK JIMMY CHOO’S ‘RAG TO RICHES’ STORY

Datuk Jimmy Choo wasn’t born with a silver spoon in his mouth. He really worked hard to get to where he is today.

Selebriti Tue, 4 Jul 2023
Trending Mon, 16 Mar 2020

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

COVID-19 semakin merisaukan di Malaysia, sanitize pakaian mungkin langkah seterusnya untuk berjaga-jaga.