Fad Bocey & Isteri Dedah Timang Anak Lelaki Lagi, Pilih ‘Kahl Maleeq’ Sempena Nama Anak Ke-5

Pasangan selebriti Fad Bocey dan isterinya, Syaheera A. Rahman tampil mendedahkan nama dan jantina anak kelima mereka selepas tujuh hari bersalin.

Terdahulu, Fad telah memaklumkan bahawa isterinya, Syaheera telah selamat melahirkan anak kelima mereka, pada 12 Oktober yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Anak Ke-5

Menerusi perkongsian di Instagram, Syaheera memakkumkan mereka sekali lagi dikurniakan cahaya mata lelaki.

Menurut Syaheera, mereka telah memilih Kahl Maleeq sempena nama anak kelimanya itu dan meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat si kecil itu.

“Assalamualaikum dah janji hari ketujuh nak reveal gender kan. Walaupun 99% teka mommy pregnant girl tapi Allah cakap kalini rezeki untuk kami seorang lagi baby boy.

“Alhamdulillah syukur untuk kurniaan rezeki ni buat kami. Kami kenalkan anak ke lima kami “Kahl Maleeq” doakan anak ni semoga menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah Allah.

“Banyak sebenarnya kisah-kisah atas pilihan nama kali ni. Semoga anak ni menjadi sebaik dan secantik namanya,” tulisnya.

Menurut Syaheera, anak perempuannya, Aminah pada awalnya sedih kerana dia dikurniakan adik lelaki.

Namun, isteri kepada pelawak itu turut menyatakan dia tidak kisah untuk hamil sekali lagi.

“Aminah frust sebab bukan girl. First day dia nangis kenapa bukan girl. Sekali tiba-tiba baby nangis terus. Dia dah fobia dia cakap tak tak kakak sayang adik jugak walaupun adik boy.

“Now, dia dah happy sangat. Jangan risau inah mommy isytihar mommy akan pregnant anak keenam pulak nanti. Thank you untuk semua wish dan doa buat keluarga kami. Hanya Allah yang dapat membalas semuanya,” katanya.

 

Fatin Nurain