Hiburan By: SGMS Faida June 9, 2018 @ 3:38pm

Faizal Hussein Belum Sedia Bawa Watak Tua

Otai masih berbisa… Pada usia 51 tahun, pelakon Faizal Hussein masih memegang watak hero! 

Ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama barisan pelakon filem Kalla di Hotel Concorde KL, Faizal mengakui ini merupakan pertama kali dia perlu berada di set penggambaran hampir 50 hari tanpa henti.

“ Sepanjang bergelar pelakon, ini merupakan pengalaman pertama saya perlu sentiasa berada di set. Bayangkan hampir untuk setiap babak memerlukan saya di lokasi. Mujur lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“ Pendek kata, dari hari pertama penggambaran bermula sehinggalah hari terakhir saya ada di set,” katanya.

Berkongsi kisah tentang wataknya dalam Kalla, Faizal memberitahu dia lebih teruja untuk menerima tawaran ini memandangkan ia adalah watak ‘berat’.

 “ Selepas filem Bunohan, saya memang utamakan watak yang berat atau susah.

“ Sebab itu saya jarang muncul dalam drama bersiri kerana bagi saya watak itu terlalu senang. Saya selalu ditawarkan menjadi bapa. Secara jujurnya saya belum bersedia membawa watak sebegitu.

“ Berlainan bagi drama bersiri Jiwa yang mana produksi menunjukkan episod saya pernah muda sebelum bergerak ke fasa tua.

“ Saya belum sedia untuk bawa watak tua. Bayangkan dalam drama anak-anak saya dah besar sedangkan realitinya anak saya masih kecil lagi,” katanya.

Tambah Faizal, sekiranya dia kerap menerima watak lelaki tua ia akan memendekkan jangka hayatnya sebagai seorang hero.

Filem Kalla mengisahkan pensyarah Sejarah, Ezahar (Faizal Hussein) sudah tiga tahun berkahwin dengan Serina (Vanidah Imran) dan mereka hidup bahagia.

Bagaimanapun, suatu hari ketika dia menghantar Serina ke tempat kerja, bangunan itu tiba-tiba dibom pengganas dan Serina terkorban. Ezahar sangat sedih dengan tragedi itu bertindak mencari pengganas.

Namun dalam usahanya mencari pengganas terbabit, dia menerima e-mel mencurigakan yang dikirim dari sebuah kafe siber di Sabah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Is BTS’s Suga Really Dating Suran?!

BTS’s Suga and Suran are rumoured to be dating after a user found an Instagram posted by the latter.

Featured Fri, 1 Oct 2021

“Saya Rasa Berdosa, Takut Azab Allah Dari Kejian Manusia” – Didakwa Dengki Terhadap Ebit Lew, Firdaus Wong Buka Mulut

Sejak tular video seks yang didakwa milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), pelbagai spekulasi mulai timbul. Malah, nama pendakwah Firdaus Wong turut terpalit gara-gara mendedahkan perbualan lucah didakwa milik UEL. Terbaharu, menerusi program bual

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Diana Danielle Ajar Anak-Anak ‘Hormat’ Alam

Sebuah contoh yang wajar diikuti, jangan buang sampah merata-rata okay!

Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Fri, 7 Feb 2020
Trending Tue, 12 Jan 2021

Kes Tertinggi Pernah Direkodkan, Kes Baru Positif Covid-19 Catat 3,309

Tiada apa yang mustahil, kita pasti boleh menang sekali lagi!

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

| Live TV