Hiburan By: Salma Syahbuddin November 12, 2018 @ 5:06pm

Watak Polis Dalam 7ujuh Bukan Tempelan – Faizal Hussein

Kalau ditanya kepada pelakon yang boleh dianggap sebagai pelakon legend dalam filem mahupun drama, Faizal Hussien menyifatkan beliau sangat gembira membawakan watak sebagai seorang Polis dalam filem Tujuh, terbitan Primeworks Studios.

Menurut Faizal Hussien, 51, walaupun watak dalam filem Tujuh, scene yang dilakonkan agak sedikit jika dibandingkan dengan watak dari filem dan drama lakonan beliau sebelum ini, tetapi beliau sangat berbesar hati dan teruja dengan watak yang diberikan. 

”  Sebenarnya saya memang seronok memegang watak dalam filem ni, walaupun dia sedikit dan ini adalah watak penampilan khas, tapi dia adalah watak polis yang pertama. Especially cerita ni dipersembahkan dalam era tahun 70-an, saya lagi teruja lah nak buat dan ini juga projek Raja Mukhriz sebagai pengarah filem yang pertama.” katanya

Sumber : Instagram @faizalhussienofficial

Namun, bila ditanya mengenai wataknya dalam filem Tujuh yang dianggap sedikit loose kerana tidak begitu menyerlah, Faizal Hussien menganggap itu adalah kerana permintaan pengarah sendiri.

” Dia loose kerana memang dikehendaki oleh pengarah, pasal itu adalah zaman hippies dimana, zaman itu rambut polis pun panjang sikit, kemudian  cara dia pun macam rough sikit dan watak ini sebenarnya out of the box.” Tambahnya.

Sumber : Instagram @faizalhussienofficial

Ketika ditanya mengenai perasaan menjalani penggambaran filem seram, Faizal bagaimanapun mengakui tidak diganggu sedikit pun oleh makhluk halus seperti yang biasa dialami oleh pelakon-pelakon lain kerana menurut pelakon yang popular menerusi drama Gila-Gila Remaja ini, niat adalah penting dalam melakukan setiap perkara.

” Alhamdulillah, saya tak pernah pula terserempak atau encounter dengan benda-benda yang tak diingini. Sebenarnya pada saya, saya dah berlakon di lokasi yang lebih teruk daripada filem Tujuh ni, tapi itupun takde masalah jugak. Sebenarnya pada saya,  yang penting adalah nawaitu seseorang pelakon tu, kalau dia datang situ untuk mencari rezeki insyaallah.. tapi kalau dia datang situ nak enjoy, mungkin dia akan berjumpa.” Jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Trending Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Pelakon Dan Penyanyi Popular Ini ‘Terlampau’ Bimbo Di FFM30?

Miss OO harap semuanya berjalan dengan baik tanpa perlu berlaku lagi kecacatan sebegini

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Fendy Bakri Akui Dah Pulih Tapi…

pakar perubatan alternatif menasihatkan saya agar selalu mengamalkan bacaan suci Al-Quran sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesakitan berulang.

Featured Thu, 17 Jun 2021

PDRM Tawar Diskaun Kompaun Trafik 50 Peratus Sehingga 18 Julai

Berita baik bagi mereka yang ingin membayar saman trafik. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan. Menurut Pengarah

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang sedang menanti kelahiran anak sulung bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Perkara terbabit didedahkan oleh pasangan sejoli ini menerusi sidang media virtual dengan pihak media malam tadi.

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

| Live TV

error: Content is protected !!