Categories: HiburanTrending

Famili Duo 3: Lincah Beraksi Persis Harley Quinn, Tom Lupa Sarat Hamil 6 Bulan? Netizen Komen: “Takut Terberanak Waktu Nyanyi…”

Biarpun hamil sarat enam bulan, penyanyi Tom memberikan persembahan lincah di pentas minggu ketiga Famili Duo 3 semalam.

Malah, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram yang muncul persis Harley Quinn bersama suami, Fuad Rahman yang bergaya ala-ala Joker memberi persembahan bertenaga.

Tom yang beraksi dalam ‘sangkar’ mampu menyanyikan lagu Rock bernada tinggi, Cinta dan Enter Sandman dengan cukup baik.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman Instagram, rata-rata warganet berasa bimbang dengan kesihatan Tom dan kandungannya.

Lebih-lebih lagi, Tom pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.

Justeru, netizen menasihati Tom agar tidak terlalu lincah dan melakukan pergerakan yang banyak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Ya Allah Tom!!! Jangan lah lincah sangat menarinya tu. Dah 6 bulan kan, risau gugur pulak nanti. Sabo je lah”

“Tom… jangan energetic sangat! Risau kita yang menengoknya,” komen netizen.

Dalam pada itu, warganet turut mendoakan kesihatan Tom dan bayi dalam kandungan.

“Semoga baby elok-elok saja, mana la tahu baby pun buat konsert juga dalam perut tu”

“Terus bersemangat Tom san baby!!! Mohon Allah pelihara kesihatan korang berdua dan harap lepas sampai ke final,” tulis warganet.

Peminat juga memuji Tom kerana memberikan persembahan sehabis baik dan penuh bertenaga.

“Memang power suka sangat suara dia”

“Powerful performance!!” komen netizen.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

Syamir Shafie