Hiburan By: Padin January 29, 2023 @ 9:40pm

Famili Duo: Mas Idayu Ambil Keputusan Enggan Komen, Tiba-Tiba….

Juri tetap Famili Duo, Mas Idayu mengambil pendirian enggan memberi komen terhadap persembahan peserta di minggu separuh akhir.

Pengumuman itu dilakukan oleh Ajai selaku rakan juri untuk program terbabit sebelum memulakan komen terhadap peserta pertama, Siti Saida dan Siti Sairah.

“Saya ada pengumuman. Mas Idayu tidak akan komen apa-apa pada hari ini.

“Sebab dia risau komen yang diberikan akan disalaherti. Saya menghormati keputusan dia,” kata Ajai sebentar tadi.

Biarpun Saida dan Sairah sebagai peserta pertama memujuk Mas Idayu dan mahu mendengar komen daripdanya, namun penyanyi lagu Robek Hatiku hanya tersenyum dan menunjukkan tanda bagus.

Namun, Mas Idayu membatalkan hasrat terbabit dan memberikan komen selepas dipujuk oleh pasangan peserta kedua, Ayda Jebat dan Fyna Jebat.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila penyanyi Sissy Imann mengalirkan air mata selepas mendengar komen pedas Mas Idayu pada minggu lalu.

Sissy menangis dan kehilangan kata-kata sehingga tidak muncul di segmen terakhir Famili Duo.

Perkara terbabit mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang datang dengan pelbagai reaksi serta spekulasi.

Program Famili Duo dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Events Fri, 15 Dec 2017

AN HONEST MISTAKE IS THROWING AN HONEST CHRISTMAS PARTY AND IT’S FREE

Wanna be part of 2017’s most epic party yet? Mark your calenders this December 17!

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

Featured Wed, 16 Nov 2022

Terpaksa Bersalin Awal, Isteri Aditya Zoni Alami Tekanan Teruk

Allahu.. Semoga cepat sembuh. Alhamdulillah dapat anak lelaki

| Live TV